Bab 3

1.7K 148 13
                                    

Hari itu, Starbucks tempat aku berkerja itu agak understaffed. Jadi memang busy nak matilah masa nak berkerja tu sampaikan bukan setakat nak tengok phone, nak pergi tandas pun tak sempat wey kau rasa. Memang busy gila!

Tapi dalam kesibukan itu, sebenarnya aku masih tertinjau-tinjau kalau-kalau Danny ada mengintip sampai ke sini. Knowing him, he's a man with determination. Jadi bila dia tak ada tu, aku ada rasa macam sedih sikit.

"Leher kau tu dah nak jadi macam hantu Jepun dah, Jonathan. Kau intai siapa?"

"Takde siapalah, Miss. Saja tengok orang keliling."

"Yelah tu. Kau tercari Danny Aduka lah tu. Ingat aku tak tahu."

"Hisy, Miss ni. Tak adanyalah."

"Bongaklah kau! Nampak sangat kau punya tercari-cari tu."

Aku malas hendak melawan lagi nanti lagi banyak yang tak patut disebut keluar. Bila kita bercakap guna emosi ni, banyak yang tak patut dari yang patut.

Aku sambung membuat kerja aku iaitu membersihkan blender ais dan juga kira stock. Kemudian aku terdengar suara perempuan memesan sesuatu kepada Miss Tila.

"Mocha Praline double shot whipped cream, iced satu."

Aku berpaling memandang pemilik suara itu. Melihatkan aku, pemilik suara itu terus tersenyum ramah kepada aku.

"Hai, Jonathan!"

I shit you not Miss Tila menunjukkan muka menyeringai kepadaku dalam senyuman. Aku faham apa yang dia fikirkan.

"You work here?"

Aku mengangguk.

"Miss..." Dia memanggil Miss Tila. "Boleh tak if dia buatkan my drink? He's my friend."

"Sure, Cik. Boleh. Cik nak tambah apa-apa lagi ke?"

"Oh, this red velvet cake looked scrumptious. I take this one too."

"Makan sini ya, Cik?"

"Yes, Miss. Nanti mintak dia hantarkan tau." Dia menunjukkan pada aku. Miss Tila senyum dan mengangguk.

Selepas dia pergi duduk di tempat yang agak jauh sedikit, aku didatangi oleh Miss Tila dengan matanya yang bersinar.

"Hari tu Danny Aduka, sekarang ni Tasha Chec. Kau bukan belajar menari ke kat INSEMAS tu?"

"Why? I mean, dia sendiri kata kawan kan?"

"Tak salah berkawan tu, Jonathan. Tapi salah bila dua model famous Malaysia kenal kau kat sini. Kau jadi anak ikan dorang eh?"

"Apa benda Miss merepek ni? Dorang tu tua daripada saya dua, tiga tahun jelah. Mengarut je Miss ni."

"Mestilah aku kena kisah. Kau tu staff aku. Apa-apa jadi, aku mesti kena tahu."

Aku keluarkan kek tersebut dari dalam microwave dan memandang Miss Tila. "Miss Syazila Mohd. Talha, there's fine line that bordering concern and busybody okay."

"Ewah! Sejak berkawan dengan model ni, asyik nak berspeaking je dengan aku. Haa, dah, kau pergilah borak dengan dia tu. 10 minit je aku kasi."

Aku pun bawalah air yang dipesannya tadi berserta kek lalu berjalanlah aku ke mejanya. Dah dapat green light, aku pun duduk sajalah borak dengan dia.

"Kejap eh, I tangkap gambar dulu."

"Eh, janganlah tangkap gambar saya..." Aku menutup muka dengan tangan.

"Perasannya. Bukan youlah, makanan ni."

Aku mengulum senyum menahan malu yang teramat. Aku duduk di hadapannya sambil minum air kosong yang sempat aku ambil di bar tadi.

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now