Bab 63 (Qiqi)

910 90 15
                                    

"Kekasih hati saya kat mana ni? Saya dah tunggu lama dah kat bawah ni."

"Kejaplah buah hatiku sayang. Tengah siap lagi ni."

Tengahari rembang itu, aku setia menunggu Melati di perkarangan rumahnya. Itu adalah weekend kedua selepas semester baru dibuka dan hari itu aku berjanji untuk menemani dia melawat ibunya, Ratu Malaysia 1976, Mawar Abdullah. Ya, mak girlfriend saya artis guys.

Nampak saja dia, aku sudah mula berbunga. Cantiknyalah girlfriend aku yang seorang ni. Untunglah siapa yang dapat kan...

Eh akulah siapa lagi. Siapa berani ambil Melati Kesuma aku ni, siap korang eh? Haa tengoklah nama dia tu pun macam mana punya sedap.

"Hai, Iqwani..."

"Eeeiii dahlah lambat lepas tu panggil kita Iqwani pulak tu."

"Yalah. Sorry ya Intan Payung Gunung Meletup Kesayangan Melati Kesuma sayang..."

"Haa baru betul." Aku memulakan pemanduan. "Siapa ada kat hospital dengan your mom ni?"

"Oh, Kak Anggerik ada sana. Dia tunggu kita kat lobi nanti."

Ya guys, Anggerik Pesona, Kemboja Bidasari dan Melati Kesuma. Memang klasik nama girlfriendku dan adik-beradiknya.

"Doktor kata your mom macam mana?"

"She's doing better as for today but she needs constant viewinglah. Esok kut keluar dijangkakan."

"Abang awak balik tak?"

"Amar? Balik kut tapi tak tahu bila. Mama pun suruh dia balik jugak." Not to forget, abang dia, Kuntum Amarilis. Memang adik-beradik semua nak nama bunga.

Sampai saja di hospital, aku dan Melati terus pergi ke bilik wad kelas satu yang menempatkan Mawar Abdullah, bekas model letop Malaysia. Sebelum adanya Diana Phawsatteep, adanya Mawar Abdullah. Sangat cantik sehinggakan kesemua anak-anaknya pun ikut sama cantik.

*batuk* Melati *batuk*

"Terima kasihlah Iqwani sudi hantarkan Melati ke sini. Mama sihat, Iqwani?" Aunty Mawar yang masih nampak tidak bermaya itu tetap cuba untuk beramah mesra dengan aku.

"Sihat, Alhamdulillah. Mama kirim salam kat Aunty."

Aunty Mawar menjawab salam Mama itu. Di sisinya terdapat Kak Anggerik yang sedang bermain handphone. Tak salah aku, Kak Anggerik ni sebaya arwah Along ke muda setahun macam tulah lebih kurang. Dan Along pernah try dia dulu tapi tak dapat.

"Mama, Anggerik pergi kedai bawah kejap eh. Lapar."

"Pergilah, Anggerik."

"Qiqi, jom ikut. Melati, pinjam boyfriend kejap."

Kak Anggerik terus menarik tangan aku dan keluar dari bilik wad tersebut dan menuju ke kafe hospital tersebut. Kak Anggerik ni is undeniably intimidating tapi sebenarnya dia baik je. Cuma mungkin the fact dia antara orang yang berani reject arwah Along dulu so sebab tu aku anggap dia ni stern nak mampos. Suara dia pun dahlah macam Anne Bancroft lagilah aku takut.

Semasa makan, barulah aku tahu apa tujuan dia mengajak aku makan bersama.

"Kenal Masrun Kasilan tak?"

"Roy? Apa pulak tak kenal? Kan dia tu bekas BFF Along dulu."

"Exactly why I choose this time to talk this over with you. You know what, Qiqi. I might accept your brother if it's not because of that Roy."

"Actually why eh? I mean, apa yang dia tak puas hati sangat dengan kitorang adik-beradik."

"To be honest, I don't have an answer for that. But, if you want a theory, I can come up with one. You know pasal video your brother dengan Aiman Soul kan?"

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now