Bab 5

1.6K 145 20
                                    

"Kau tak kenal Syahid Zachariah?" Romeo bertanya ketika aku dan Razif bertandang ke biliknya. "Mak dia Kartini Sadik, sex bomb Singapore."

Kalau Kartini Sadik tu, aku kenallah. Masa dia muda tahun 80an dulu, hampir semua movie dia, paling tak seksi pun mesti ada scene dia berkemban. Tak salah, pelakon Melayu pertama yang ada full frontal nudity. Mana mahunya kau masa tu boleh ada nudity.

"And this guy boleh terkejut pulak bila Syahid tu ambik dia menari tadi." Razif menambah.

"Haruslah dia terkejut. Kalonye aku, mahu keras pengsan aku kat situ tadi, yeop."

"Tapi kan, Nuk, macam mana kau boleh start borak dengan Syahid Zachariah tu tadi?"

"Well, aku tengah duduk tunggu kau then dia datang approach aku. Aku ingat dia just senior yang Abang Dash panggil ke apa. Manalah tahu he is such a huge name."

"Wow! Seriuslah macam tu je?" Razif masih lagi tak percaya.

"Aoklah. Tapi aku admitlah dia tu handsome."

"Of course he is. Tengokler mak dia. Gila kau kalau mak dah hot macam tu tapi anak dia tak?!"

Romeo ni kalau bab menyembah orang yang dia minat, he never fail on doing it.

"So sekarang ni kau macam mana? Dengan nak balancekan lagi kau punya kerja, study and Seniors Idol tu. Kau boleh ke?" Razif being Razif, caring as always.

"Harapnya bolehlah. Aku pun tak mahulah seksa sangat diri aku."

"Speaking about seksa diri kau, apa cerita Danny?"

Aku dan Razif serentak memandang Romeo. Razif menjegilkan biji matanya kepada Romeo dan Romeo nampaknya sedar yang dia tersalah cakap.

"Did I push the wrong button?"

"Ya, babi." Razif cuba back up aku.

"Actually, aku dah malas kisah."

Mendengarkan reaksi aku itu, Razif membuat head turn paling pantas dan spontan pernah aku lihat dalam sejarah dinamik manusia. Romeo pun sama.

"Why?" Razif bertanya? "Thammai wa?"

"Sampai bila aku nak hidup menunggu dia? I mean, ini hidup aku. Bukan hidup dia. Kenapa aku kena affected lebih sangat sedangkan dia tu ex aku je."

Razif dan Romeo mengebilkan biji mata mereka berulangkali. Apalah yang pelik dengan statement aku tadi tu agaknya?

"Kau sayang dia lagi kan?"

"Romeo, of courselah. Tapi aku sayang diri aku jugak."

"Kau tak nak bagi dia second chance ke?"

"For what? Kenapa masa aku nak dia hari tu, dia tak nak aku? And then now out of nowhere, dia nak aku balik. Mana aci."

"Wow! Tapi sungguhlah kau masih sayangkan dia?"

"Sayang je. Tengoklah bila aku dah lembut hati ke nanti macam mana."

"We'll see once it happened hahahaha..." Romeo nampaknya masih berharap dengan aku kembali pada Danny.

And he was right. Malam itu, semasa aku baru hendak tidur, Danny telefon aku. Mulanya aku tak nak angkat tapi jarang untuk Danny telefon orang. Malahnya, masa kami masih bersama, aku pernah check phone dia dan memang outcome call hanyalah Mama dia dan Haydar. Itu pun biasanya less than one minute.

"Hello..."

"Hi, Jonathan..."

"Yes, Daniel?"

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now