Danny discharge keesokkan harinya dan aku, being a good boyfriend, voluntarily drivekan dia balik ke rumah. Cumanya, bila kau drive a fucking Maserati (yang Haydar hantarkan semalam), tangan aku hampir putus ya menahan kegementaran yang sedia ada.
Tiba di Pavi Residences itu, aku menyuruh dia mandi dan knowing Danny, dia suruh aku mandi sekali dengan dia. Aku turutkan saja dengan showerkan dia. Jarang aku dapat melihat side Danny yang soft begini.
Habis mandi, aku mengatakan kepadanya yang aku ingin masakkan makan tengahari. Dia patut bersyukur ya INSEMAS sangatlah tak lenient pasal attendance sebab jujurnya aku dah lost count berapa kali kelas aku tak pergi. Tapi dah masuk separuh kedua semester pun, normal untuk kelas asyik cancel sepanjang masa.
"Baby nak masak apa?"
"I don't know. Mee sanggul kut. Okey kan?"
"Apa je yang Baby masak, Sayang makan je. Sayang tunggu depan, okey?"
Aku pun memulakan aktiviti persilatan, I mean, masakan aku di dapur itu. Walaupun dia duduk seorang di sini, yang itupun dia alternately balik rumah Mama dia, barangan dapur dia complete ya. Complete siap dengan labelling sekali.
Semasa aku sedang memasak, aku tak dengar apapun dari ruang hadapan. Biasanya Danny akan memasang muzik classical tapi tidak hari ini. Pelik pula.
Habis memasak, aku pun pergi ke ruangan depan untuk melihat apa yang sedang Danny lakukan. And to my surprise, dia sedang duduk menghadap ke luar dan di hadapannya terdapat easel dengan kertas putih di atasnya dan Danny sedang melukis di atas kertas itu. Siap dengan pallette lagi di tangan kirinya. Dan ya, I never know Danny pakai spek.
"Sayang..." Aku lingerkan tanganku ke lehernya. Menyedari kehadiranku, dia menghentikan lukisannya. "You're an artist?"
"Doktor cakap yang I need to do things that could spark my happiness. So I thought to myself to do this again. Lama dah tak pegang kertas, awkward dah rasa."
"And you never told me you wear specs?"
"Hahaha, aku dulu siap pakai braceslah. Kalau kau tengok editorial aku masa aku sekolah dulu, ada je gambar aku pakai braces. Aku bukak masa aku form four tak salah. Tu ada gambar kat meja depan tu. Tak perasan eh?"
"Perasan je cuma I thought it just you used to wear that. Tak tahulah pulak you are still wearing it."
Dia menyambung melukis dengan tangan aku memeluknya. "You like me wearing this, huh?"
"I like you in anything."
"If nothing?" Dia menunjukkan muka gatal.
"Suka jugak. But tu simpan malam, okey."
"Yeay!!!" Gatalnya pakwe aku seorang ni.
Lukisannya merupakan lukisan abstrak. Warna yang dipilihnya adalah biru dan hijau. Nampak cantik sahaja.
"But now there's no way to hide
Since you pushed my love aside
I'm outta my head hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you..."
Dengan suaranya yang merdu sedikit saja daripada katak itu, dia menyanyikan lagu hit filem Grease daripada Olivia Newton-John itu sambil tangannya rancak menari di atas kertas putih itu.
"Jonathan..."
Aku menoleh memandang wajahnya.
"I love you."
YOU ARE READING
Spotlight (Razif Haydar 2)
Novela Juvenil"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...