Pulang dari Singapura, aku menerima satu berita gembira. Aku hampir menjerit pada desibel yang tak terdengar oleh pendengaran normal manusia ya.
"Majalah Muda dah book you a photoshoot. As the cover for February edition nanti."
"Seriuslah?! I mean you're not joking right, Fira?"
"Jonathan, takkanlah I nak gurau dengan you for a thing as big as this. And yeah, your iPhone 11 Pro Max dah sampai kat office. Dah balik Malaysia ke belum ni?"
"On the way, actually. Err, bila saya boleh ambil phone tu ya?"
"Anytime, Jonathan. Whenever you singgah office, ambik jelah."
"Oh my God, thank you Fira!"
Dan setibanya aku di rumah Uncle Clemente, dia terus menyerang aku dengan majalah Muda edisi bulan lepas yang menampilkan aku dan Tasha Chec. Bukan main lagi dia dengan senyuman datang ke arah aku menunjukkan keratan majalah itu.
"Anak Kota Samarahan sudah masuk majalah. Bangga Uncle dengan kamu, Jonathan."
Mendengarkan itu, aku rasa terbayar segala ejekan yang aku terima sebaik kaki aku jejak di bumi Semenanjung ini. Mana taknya. Si Aiman punya kutukan saja dah berapa banyak aku simpan.
Keesokkan harinya, kedua ibu dan ayah aku datang dari Kuching untuk meraikan aku yang sudah berjaya memasuki majalah. Korang mungkin rasa, apalah sangat setakat masuk majalah kan? Tapi kalau kau salah seorang ahli keluarga Williford, pastinya kau akan merasakan ianya sebuah achievement maha besar.
Dalam keluarga pun, aku bukanlah pandai sangat pun. Berbanding dengan James, memang jauh sangatlah jurang intelektual kami berdua. James tu pun sekarang tengah buat foundation kat UNIMAS sekarang. Cumanya, dia tak keluar dari Sarawaklah.
Everything went well for awhile untuk seorang Jonathan Bruce Williford. Cumanya, aku tetap merasakan sesuatu yang tidak lengkap ketika itu.
Aku keluarkan handphone aku dan mula mencari nama dia.
I made it and I hope it made you proud...
Aku taip je tapi aku tak send pun. Malulah nak hantar benda macam tu pada dia.
Tapi anehnya, malam itu, aku menerima mesej daripada dia.
Danny🙎🏻♂️❤️
DO NOT REPLY. I WILL DELETE FOR ME
Hey
Saw your editorials
It was good
Proud of you
Good luck for your future endeavours okay...
"Okay, Danny..." Aku menjawab di mulut saja.
"Danny, do you think I can ever join modelling?" Aku bertanya soalan itu kepada dia pada suatu hari semasa aku menemaninya ke set penggambaran.
"Why not? You are adorable."
"You know cute is just an excuse of being ugly."
"But you are cute, Baby. Why do you think I'm dating you?"
"So, kau couple dengan aku sebab aku comel je ke macam mana?"
"Part of it."
"Dasar pilih rupa!"
"Of course. Let's be brutally honest. Siapa je dalam dunia yang bercinta bukan sebab rupa? Baby tahu tak yang ada kajian mengatakan yang roti atas sekali tu pun orang tak nak makan sebab dia buruk. Ini pulak nak pilih boyfriend."
"Did you just generalize me and roti?"
"Baby!!! Don't take things out of context boleh tak? Of courselah tak. Maksud aku, face will always come first. Good personality is what determine what's outside."
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
