Bab 4

1.7K 135 15
                                        

Dalam kelas, aku langsung tak boleh fokus terhadap apa yang diajar. Dahlah kelas teori yang memerlukan banyak pemahaman tapi otak aku tak mahu memberikan kerjasama langsung. Anjir!

"Nuk, kau okey tak?" Razif bertanya kepada aku ketika aku dah minum Coke tin ketiga aku untuk hari itu. Siapa saja tak risau. Romeo pula tak datang kelas. Cirit-birit katanya.

"Okey je. Takde apalah."

"Kalau kau ada problem, ceritalah. Kalau aku boleh tolong, aku tolong."

"Sikda apalah. Aku cuma penat jak."

"Kau penat sangat kerja ke wey? Kalau penat sangat, ambiklah cuti seminggu dua. Aku tengok kau ni lately ni pun asyik tak cukup tidur. Jangan seksa diri tau, Nuk."

To be honest, masa mula-mula kenal, aku pernah crush pada Razif. Dan pada masa itu, aku tahu yang dia masih boleh dibengkokkan cuma aku tak seberani Haydar untuk terus approach.

Aku jealous gila babi kut kat Joni masa tu sebab sebilik dengan Razif ni. Aku ingat lagi ketika pertama kali aku nampak Razif shirtless, aku hampir putus nyawa. Dahlah dia tu pun memang suka berlengging je pakai boxer, aku dok menyumpah Natalie sebab dapat Razif.

Tapi aku tak pernah menyumpah Razif dengan Haydar. They meant to be together. Aku tak boleh tandingi hal yang satu itu.

"Kejap lagi lunch sama nak?" Dia bertanya kepada aku lagi.

"Boleh jak. Mana?"

"Kafe sini jelah. Aku pun tak kena pergi Divisyen Muzik pun hari ni. Aku ajak Haydar eh?"

"Haa okey je."

"Kau pergi tak selection petang ni?"

"Selection apa eh?"

"Seniors Idol! Kan kita boleh pilih nak pergi ke tak? Buat kat Studio Inang Sari. Nak tak?"

"Hmm, macam menarik."

"Jomlah, Nuk. Aku tak tahu nak join ke tak tapi kalau kau ada sekali, apa salahnya kan?"

"Haa yalah. Aku pun tak kerja petang ni."

Razif tersenyum. Aku rasa aku dan Haydar berkongsi sebab yang sama kenapa kami sukakan Razif. His smile can light up the whole city. The most genuine and brightest smile.

Kami berdua kemudiannya berjalan sama menuju ke Kafe Divisyen Tarian dan di situ, kami nampak Haydar sedang berborak dengan seseorang. Aku tak nampak siapa kawannya itu kerana posisinya membelakangkan kami.

"Haydar ada cakap dia bawak kawan ke?" Aku bertanya kepada Razif.

Dia menggeleng. "Dia terserempak kut."

Razif menegur boyfriendnya itu dan Haydar menyapa mesra kami berdua.

"Korang, kenalkan ni member aku, Aiman. Mesti korang kenal, Aiman Soul Wira Remaja tu."

Mendengarkan nama itu, aku dapat rasakan darah panas naik ke muka. Razif bersalam dengan Aiman tu dan sebaik memandang aku, Aiman itu kaget sedikit.

"Oh, ni member kau ke, Haydar?"

"Oh, tu Jonathan. Tapi kitorang semua panggil dia Manuk je."

"Manuk, hahaha. Sounds like Tenuk for me..." Kenapa kau gelak, cibai!? "Chill, aku gurau je."

"Manuk, dengan dia ni kau relaks je. Mulut dia memang macam babi. Tengoklah rupa pun dah macam ada iras."

"Sedap betul mulut kau mengata aku kan, Haydar."

Aku duduk di meja yang sama dengan mereka. Aku nampak Razif memegang erat tangan aku sepertinya faham masalah yang sedang aku hadapi.

"Angah kau takde datang sini ke, Haydar?" Aiman bertanya kepada Haydar. Aku terus mengangkat muka memandang Haydar.

Spotlight (Razif Haydar 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang