Bab 16

1.1K 125 21
                                        

Aku buka mataku dan melihat Danny ada di sebelah aku. Dia masih lena diulit mimpi aku rasa. Aku kerling jam di sebelah yang sudah menunjukkan jam lima setengah pagi. Masih terlalu awal untuk apa-apa.

Aku sentuh mukanya itu. Malam tadi, kami tak buat apapun. Cuma berbincang tentang hubungan kami. Jadinya tak ada tanda merah perit di leher aku. Lega sedikit.

Aku dengar dia mengeliat perlahan sebelum matanya turut dibuka sedikit. Dia tersenyum.

"Morning, cutie..." Dia menuturkannya perlahan sahaja. Suaranya yang mamai ketika itu, merdu saja pada pendengaran aku. Tangannya kemudian gently memegang muka aku. "Rindu nak tengok your face first thing in my morning."

"Well, now you can have it all you want."

"By the way, Jonathan, petang nanti aku takde tau. Balik Sabah. Sabtu baru balik. Jaga diri eh?"

Aku mengangguk. "Haydar pun?"

"Ha'ah. Razif tak cerita eh?"

Aku menggeleng. "Belum lagi kut."

Dia mencium dahi aku perlahan. Perlahan pun siap bunyi kut. Dah namanya The Razifs, aku wonder what kind of treatment Razif dapat daripada Haydar. Untungnya dia...

Pagi itu, aku pergi ke kelas seperti biasa. Dan untungnya, tak ada love bite yang perlu disorok. Pergi kelas dengan status boyfriend orang sedikit sebanyak menaikkan confidence aku. Bukan main ya boyfriend orang.

Tapi mood aku yang berbunga-bunga cinta layu di pusara itu punah apabila Razif datang membawa khabar buruk. Lebih buruk daripada hati ex korang.

"Syahid nak jumpa kau petang ni." Razif ni. Dahlah cakap time aku tengah minum kopi nak elakkan mengantuk. Boleh pulak dia datang roger berita tak best macam tu.

"Dia nak buat apa jumpa aku? Tak tahu ke kena bayar kalau nak jumpa aku?"

"Haih, goofy semacam je ni. Mood ada baik ka sahabatku?"

"Baik sikit honestly. Aku get back dengan Danny."

"Uuuu no wonder aku nampak Maserati Ghibli tu ada je kat bawah blok kau pagi tadi."

"Eleh, abang ipar kau jugak dia tu." Aku menolak manja bahunya. "Mana Romeo?"

"Dia ada training whole day hari ni. Busy doh dia sekarang." Kemudian dia meneguk teh O aisnya. Macam mana dia boleh maintain suara dia kalau pagi buta lagi dah teguk air sejuk?

Sedang kami berbual sambil menuju ke kelas itu, kami bertembung dengan Abang Dash. Melihat saja aku, dia terus memeluk tubuh dan memanggil aku dan Razif.

"Hai, Jonathan and Razif. Kelas ke?"

Razif anggukkan untuk kami berdua. Abang Dash kemudian fokus kepada aku.

"Jonathan, kau okey ke tak?"

"Eh, okey je Abang Dash. Kenapa?"

"Syahid cakap kat aku yang kau dah tiga hari tak datang rehearsal. Kau berminat lagi ke tak nak masuk ni masalahnya? Sayanglah banyak hari tak datang latihan. Rugi tau. Syahid tu susah-susah datang jauh untuk ajar korang semua. Sayanglah tak ambik peluang ni."

Aku boleh ambil peluang itu kalau dia tak ambil kesempatan atas aku terlebih dahulu. Now semuanya dah hancur. Kepercayaan aku semua hancur.

"Are you in or out?"

Spotlight (Razif Haydar 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang