Sudah hampir 20 minit aku menunggu di dalam kereta tapi bayang dia langsung aku tak nampak. Menunggu adalah satu perkara pet peeves bagi aku. Time is money. Masa yang terbazir itu banyak benda aku boleh luangkan.
Aku malas hendak keluar kereta sebab aku malas hendak melayan peminat-peminat aku yang berkerumun pada aku nanti. Bukannya aku sombong tapi ada masanya aku inginkan ruang bagi diri aku sendiri. Untuk aku bernafas at least.
Aku nampak dia turun dari tangga dan kemudiannya berjalan menuju ke arah kereta aku. Dia mempamerkan senyuman menayangkan dua baris gigi yang putih melepak. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memandang aku.
"Mana Guna?" Aku bertanya straight to the point.
"Guna ada lunch meeting. He said sorry the absence."
"Seriuslah? Then no needlah kut kita nak keluar ni."
"Eh, asal pulak? Penat I turun bagai."
"Aiman, janganlah macam tu. Tak manislah kalau orang nampak."
Dia ketawa kecil. "Excuse me, since when you call me by that name pulak ni? Since when I am Aiman to you?"
"Aiman..."
"Danny, mana aci. So apparently you memang nak jumpa I when Guna ada je? So bila dia tak ada, you nak biar I makan seorang. You yang ajak I makan pagi tadi."
"Sebab you kata yang you nak lunch dengan Guna sebab tulah I ajak."
"Oh, so kalau Guna tak ada, you memang tak nak makan dengan I? Macam tu ke?"
Aku terpaksa mengalah. Dari dulu lagi, dengan dia memang aku asyik mengalah. Jarang sangat aku menang berdebat dengannya.
"Fine! You nak makan mana?"
Dia terus memeluk bahu aku. "I tahu you sayangkan I kan hahahaha. Hmm, mana-mana pun I tak kisah."
"Kita makan dalam kawasan ni jelah. Kafe sini kan sedap?"
Dia menepuk bahu aku. "Apa you ni?! Dah datang sini bagai lepas tu ajak I makan kafe ni je. I dah jemulah tiga tahun makan kat situ je."
"Dah tu?"
"Jomlah makan mana-mana mall ke? Bosanlah."
"Nanti I kena hantar you balik kan?"
"Hence we have to rush. Nanti lambat pulak nanti. Jomlah, Baby D..."
Bila dia memanggil aku Baby, aku terimbas di ruang memori kenangan aku bersama Jonathan. Kenangan yang belum tentu dapat aku hidupkannya kembali.
Aku akui, aku memang ego. Keegoan aku itulah yang membuatkan kini separa kehilangan Jonathan. Jonathan yang jujurnya mampu bertahan dengan aku.
Aku sayangkan Jonathan. Aku betul-betul sayangkan dia.
"Err Baby D, shouldn't you like drive now so we can eat faster? I'm starving." Aiman mengembalikan aku ke realiti. "What were you thinking?"
"Nothing."
"Hah yelah tu."
Aku pun memulakan pemanduan ke sebuah mall yang paling dekat dengan INSEMAS yang juga tempat melepak budak-budak sini. Harapnya tak terjumpalah dengan Jonathan.
Selepas berjumpa dia dengan Natascha tempoh hari, aku dilanda kecemburuan yang amat sangat. Aku tak kisah macam mana dia nak kenal Natascha tu tapi not Natascha. Dan Natascha nampak selesa dengan dia, lagilah membahang hati aku.
"Daniel, if you gonna be silent all time, maybe tak payah ajak I keluar kut." Daripada masa couple dengan aku sampai sekarang, dia ni memang annoying eh?
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Genç Kurgu"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
