Bab 33

846 107 15
                                    

Babi! Kau bukan Aiman Soul tapi kau Aiman Sial! Kau tak ada soul pun to begin with.

"Aiman, letak makanan tu sini." Rani Sharmila memanggil ex anaknya itu. Aku tak pelik pun sebab memang aku tahu yang pasangan ini very open tentang sexuality anak mereka masing-masing.

Aku lihat saja si celaka itu pergi ke sebelah Danny dan somewhat macam sengaja hendak menaikkan darah aku. Kemudian dia pergi ke sebelah katil dan terus diraihnya tangan Danny itu.

"Kesiannya dia. I wonder what made him sampai sini..." Dia menjeling ke arah aku.

"Tulah kan, Aiman. Aunty rasa Aunty tahu pasal siapa."

"Mama, Angah tu boleh sampai sini pun thanks to Abang Jonathan tau. Dia yang call ambulance and callkan Acik tadi. Instead of blaming him, Mama tak say thanks pun."

"Of course dia yang bawak kalau dia yang punca!"

"Mama, sudahlah. Tak eloklah macam ni." Kesian pula aku melihat Qiqi yamg kena take sides.

"Tak apalah, saya keluar dulu."

Aku melangkah membawa diri keluar dari bilik itu dan tunggu saja di luar. Aku tak mahu membuatkan Qiqi yang tak ada kena-mengena merasa bersalah di dalam bilik yang sama dengan aku dan mak ayahnya.

Aku tahu apa yang berlaku pada Danny mesti ada kena-mengena dengan Aiman. Menipu sangat kalau dia tak terlibat dalam hal ini. It's too good to be true.

"Abang Manuk..." Qiqi keluar dari bilik itu. "Sorry tau on behalf of my family. They shouldn't have..."

"It's okay, Qiqi. Dorang tak tahu. Jangan paksa dorang."

"To be honest, Qiqi pun tak tahu kenapa Mama dengan Papa jadi macam tu sekali."

"Abang tahu Qiqi tahu. Tak apa, Qiqi. Mustahillah dalam kereta tadi dorang tak ada kata apa-apa pasal abang, kan?"

Qiqi tunduk memandang lantai. Kan aku dah kata mesti ada.

"Okey sebenarnya ada. Tapi jangan risau, Qiqi tak percaya pun semua tu."

"Apa yang dorang cakap pasal aku?"

"Hmm, Qiqi tak nak cakap. Buat apa Abang nak dengar semua tu?"

"Of course I need to know. It's about me."

"Tak payahlah, Bang. Qiqi tahu benda tu akan buat Abang sakit hati."

Aku bersandar di dinding memikirkan nasib aku. Sungguhpun kalau Danny memilih aku, keluarganya memandang Aiman sebagai the superior.

"Abang nak balik ke? Qiqi boleh tolong hantarkan."

"Parents Qiqi tak bagi Abang jaga Danny ke?"

"Actually, Mama nak Aiman jaga Angah. Qiqi tau it sounds ridiculous tapi itulah. Padahal boleh je kalau nak Qiqi yang jagakan."

Aku tahu aku patut stand out untuk diri sendiri tapi siapalah aku. Kalau ikut social status pun, aku memang jauh ke belakang berbanding dengan The Razifs. Siapalah aku hendak dibandingkan dengan Aiman itu? Danny je yang suka aku. Keluarganya tak.

"Tak apalah, Qiqi. Abang balik sendiri."

Aku masuk semula ke dalam bilik itu dan ambil kesemua barang aku di dalam. Aku pandang Danny sekilas tapi pantas aku disindir oleh Rani Sharmila.

"Haa pergilah balik. Tunggu apa lagi."

Aku keluar dari bilik itu dan memandang Danny sekali lagi. Dia masih terbaring lena di atas katil itu. Doktor kata paling awal dia akan bangun pun adalah pada pagi esok. Malam ini memang dia akan dibiarkan tidur dahulu.

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now