Lagu I'm A Slave 4 U dimainkan dan aku memulakan tarianku di atas pentas. Ketika aku carik sahaja t-shirt putih aku, bergema satu Les Mecs dengan riuh sorakan dan tempikan. I live for a moment like this! The only fame I could ever have.
Duit ditabur dari penonton dan aku mengambilnya sehelai demi sehelai. Bayaran yang aku boleh terima, walau malam weekdays seperti ini ada kalanya menyamai gaji engineer sebulan. So kenapa aku kena bertukar karier?
Bertahun aku menjadi pengusaha kelab malam dan juga penari tetap di situ, memang setakat ini, duit tidak pernah menjadi isu untuk aku. Malah cukup untuk lawan gaji sepupu aku yang kerjanya doktor di Singapura.
Habis sahaja persembahan, aku sarung t-shirt round neck biasa dan pergi ke bar untuk minum. Aku didatangi oleh Mandy yang seperti biasa, sentiasa ceria.
"Nyaaaah, mak love sangat kau menari tadi, dik."
"Pernah ke aku tak perform masa menari sebelum ni pun?" Angkuh kan?
"Yelah nok. Kaulah terpaling kacak dan mantol sekali bila perform. Semua cikki dengan jejans semua sangap tengok kau tadi."
Aku tersenyum herot kepada Mandy. Untung juga ada dia di sini. Bila aku balik ke Singapura, kurangnya dia ada untuk memantau Les Mecs.
"Nok, nak tanya ni..." Dia memainkn jarinya di permukaan gelas shotnya.
"Apa dia?"
"Macam mana ex kekashyeh kau tu? Handsome lagi ke dak?"
"Jadahnya kau sebut kekasih macam tu? Sebut bebetul tak boleh ke?"
"Yelah, nyah. Bagaimana gerangan kekasih lamamu itu? Masih sempurna lagikah figura seksinya itu?"
"Amboi kau kalau bab memuji bukan main lagi ya? Yelah dia okey je. Cumanya kata adik dia, dia overstressed. Dua hari dia tak tidur, sis." Bagi aku, sis is a gender neutral pronouns. Kau lelaki ke perempuan ke, you shouldn't be offended if anyone call you 'sis'.
"Dua hari apa ke gilanya dia tu?! Tak dapat lubang ke apa teruk sangat bawaannya tu."
"Entah. Dia tak ada cerita pulak kat aku. Aku syak benda besarlah sampaikan dia tak sanggup nak cerita pada aku pun."
"Tapi pernah ke dia tak cerita apa-apa kat kau? Dulu bukan ke semua benda dia cerita kat kau?"
"Dulu, Mandy. Cerita dulu ni, semua benda boleh jadi."
Mandy mencemirkan matanya. "Kau still sukakan dia ke, nok?"
"Ya kut? Tapi dia pun dah bahagia dengan budak Jonathan tu. And aku pun happy."
"Sebab kau pun sukakan budak tu kan? Kemainlah kau heret dia ke sini sampai dua kali then tinggal bodo dia macam tu je."
"Mandy, kau tahu aku ada prinsip aku. Aku takkan kacau kalau aku tahu it's someone else's. Apa yang seronoknya rampas hak orang? Tengok macam Mommy dengan Papa aku. Papa aku tinggalkan Mommy aku then kahwin dengan orang lain but yet, dia still tak boleh move on dengan Mommy aku jugak."
"Bagus apa yang kau fikirkan tu, nyah. Tak ada indahnya kalau kita musnahkan kebahagiaan orang hanya untuk kebahagiaan sendiri."
Aku meneguk lagi satu shot Vodka sebelum memandang ke arah pentas. Pentas yang mengkayakan aku for all this time and while. Pentas yang banyak mengajar aku erti kehidupan.
"Haa mulalah tu nak feeling. Nyah, kau dah successful dah. Jangan biar orang lain cakap kau tak berjaya."
Kalau ada pun yang meragukannya, orang itu supposedly to be orang paling rapat dengan aku. Dari lahir lagi dia yang sentiasa bersama aku. Cuma, dia tak selesa berkembarkan seorang sundal lelaki.
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Fiksi Remaja"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
