Bab 56 (Razif)

898 111 11
                                    

Aku melihat Haydar unpacking begnya. Dia nampak penat semacam. Padahal naik kapal terbang kut, bukannya berenang dari Brunei tu. Aku pun, as a good boyfriend I am, tolonglah dia mengemas barang-barangnya semua itu.

"Takpelah, Sayang. Aku boleh buat sendiri."

"No, I want to help. Kesian kau dahlah baru sampai. Let me do it, okay."

Dia pandang muka aku sebelum mencubit pipi aku dan menciumnya siap ada bunyi lagi. Kemudian sengaja diserabaikan lagi rambutku itu.

"Sayang, tidur sini eh?"

"Tak naklah." Tipu. Dia tak tanya pun sebenarnya memang aku nak pun.

"Ala, your dad bukan ada rumah pun. Dorang balik Terengganu kan?"

"Ha'ah. Tapi tak naklah. Kau dahlah tidur ganas."

"Oh... ganas eh?" Dia memeluk aku sebelum mencium pipi dan leher aku semahu-mahunya sebelum membaling aku ke atas katil. "Now the beast is unleashed."

"Aaa takott..." Aku berkata perlahan.

Dia naik ke atas badan aku sebelum mencium pipi dan leher aku sekali lagi. Kemudian dia memandang muka aku dan bermain dengan rambut aku. Aku pula yang tersipu malu.

"Rindu..."

AAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!

"Sayang, aku mandi kejap eh? Betul ke nak tolong kemaskan?"

Aku mengangguk. Dia mencuit hidung aku sebelum membuka bajunya dan dibalingnya ke muka aku. Tuala disarung di pinggang sebelum seluarnya dibuka.

Sebelum dia hilang di balik pintu bilik air, sempat dia memberikan aku flying kiss.

"Razif..." dia memanggilku lembut. Aku berpaling dan perlahan dia mengungkapkannya. "Rak khun mak naa..."

CAKAP DENGAN AKU MACAM MANA AKU BOLEH TAK TERSENYUM?!

Sedang aku mengemas barang di dalam biliknya itu, Danny mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk. Aku pun jemput sajalah masuk.

"Aku rasa aku tersalah letak skincare aku dalam luggage dia. Tengokkan kejap, ada tak."

Knowing Danny, based on apa yang Manuk ceritakan, skincare dia harga mahu dekat RM1000 ya semuanya. Itu paling kurang tu. Tak apalah. Dia dah A-listers dalam modelling mampulah. Aku nak beli yang Himalaya harga RM11 botol kecik tu pun tunggu Guardian buat sale dulu.

"Ada tak?" Aku bertanya kepada dia yang masih mencari.

"Ada ni haa." Dia ambil dan berdiri sebelum memandang mukaku tepat. "Nak tanya boleh?"

Aku rasa sebenarnya dia bukan nak cari skincare dia tu sangat. Dia memang nak tanya aku soalan. "Haa tanyalah."

"Jonathan tak ada chat kau apa-apa ke?"

"Korang bukan dah break ke?" Kenapa itu reaksi yang aku terfikir?

"Well, yeah tapi itulah. Terfikir jugak."

"Rindu ke?" Aku menyeringai dan menjongket kening.

"Eh eh Siam celup tepung ni. Kalau ya pun, kenapa?"

"Tanya je janganlah marah."

Dia duduk di atas katil Haydar dan termenung seketika. Haa feeling Awie dalam Sembilu pulak dah dia ni.

"Kalau aku cakap ya?"

"Cakaplah kat dia. Yang ego sangat kenapa?"

"Dude, dia yang dump aku, okey?"

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now