Habis makan, aku dan Danny mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Mr. Juin dan Natascha. Aku ingatkan mulanya dia nak belanja makan mamak or KFC je rupanya kat Tony Roma's. At this point, aku takkan underestimate these people anymore about their money anymore. They are filthy rich. Duit tu buat mandi je kut agaknya. Itu pun kut ya buat mandi dan bukannya buang saja.
Tapi Danny sepertinya tidak mahu balik. Sengaja dia bawa aku berpusing-pusing sekitar Kuala Lumpur menengok lampu dulu.
"First time Baby datang KL bila?" Spontan saja dia bertanya.
"Masa masuk INSEMASlah."
"Sebelum tu?"
"Tak pernah lagi. Kita mana kaya nak naik belon mari sini selalu."
"Lepas ni kau dah selalu dah. Nanti kalau kau balik sana and rindukan aku, call je. Samada aku akan pergi sana atau kau yang akan aku terbangkan ke sini."
Aku terus bersandar di bahunya yang masih memandu itu. Senyuman tak hilang dari wajah aku.
"Baby.... sayang aku tak?"
"Gila kau tak sayang?"
"Cium aku. Pipi, I mean."
Aku pun menurut arahannya. Bukan main senyum lagi dia masa tu.
"Danny, aku nak lelap kejap eh."
"Silalah. Aku faham yang kau penat."
Aku tak menarik kepalaku dari bahunya ketika itu. Di atas bahunya aku memejamkan mata dan lena seketika.
Aku terjaga apabila kereta tidak lagi bergerak dan aku berada seorang diri di dalam kereta. Aku mengesat mata dan aku nampak Danny sedang bersandar di but depan kereta memandang ke langit.
Aku turun dari kereta dan memeluknya di luar itu. Keadaan keliling agak sunyi dan kawasannya berbukit. Memang nampak keseluruhan kawasan Kuala Lumpur.
"Kenapa tak kejut aku?" Aku bertanya perlahan sahaja.
"You looked so deep in sleep. Aku tak nak kacau."
Aku membenamkan muka aku ke dadanya sebab kat situ je pun yang aku sampai sebelum memandang ke arah dia sedang memandang. Bintang-bintang itu nampak seperti ditabur dengan sangat rata di hamparan langit sana.
Semasa aku kecil sering aku berfikir kenapa bintang hanya ada di waktu malam sahaja dan tidak siang. Hinggalah Mama memberitahu yang begitulah kehidupan. Ada keindahan yang sifatnya hanya indah pada sekian waktu saja. Selain itu, ianya mengindahkan juga tapi dari sisi lain. Matahari juga bintang tapi indahnya dari segi fungsinya.
"Jonathan, may I ask?"
"Yes?"
"Will you still love me 10 years from now?"
Aku tersenyum sebelum mengangguk perlahan.
"But 10 tahun akan datang, keadaan mesti dah berbeza..." Dia merangkul belakangku mengukuhkan lagi pelukanku. "Will we still be together?"
"We will. I promise."
Dia mencium ubun-ubunku dan memelukku lebih erat lagi.
"Danny, nak tanya...?"
"Yes?"
"Is the reason you love me is the same with the reason you love Syahid?"
Dia ketawa kecil. Aku tak tahu kenapa aku tak rasa soalan itu kelakar but then again, aku bukan Danny.
"Baby, I was young when I met him. My feelings was fragile. As fragile as I was, I was dumb. Then I fell in love."
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Novela Juvenil"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
