Semasa aku masuk ke dalam keretanya, lagu itu dimainkan sekuat-kuatnya. Sweetnyalah pakwe seorang ni.
"Baby bawak satu beg je ke?"
"Then? Nak banyak mana lagi? Satu malam je kan?"
"Oh, satu je eh?" Dia mencebik bibir.
"In case you forgot, I got class on Monday. So of courselah malam ni je."
"Nanti aku hantarlah pergi kelas. Staylah..." Danny memegang tangan aku dengan kedua-dua tangannya. "Tak kesian ke kat your just-getback-boyfriend ni?"
"Kena kesian ke?"
"Kenalah. Dahlah kita datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa dia then dia boleh cakap macam tu pulak."
"Oh, mengungkit. Tak ikhlaslah ni?"
"Baby...."
Aku cubit manja pipinya itu. Kemudian aku bersandar di bahunya sambil memeluk lengannya yang sedang memandu itu. Sehinggakan aku boleh terlenalah di pangkuannya itu.
Sampai saja di Pavilion Residences, kunci kereta diberikan kepada valet sebelum dia membawa aku naik ke apartmentnya di tingkat 12. Aku tahu dia seorang model berjaya sebab FYI, harga apartment ni sebijik je cecah RM3 juta dan kalau nak sewa could reach RM10k sebulan. Gila kaya wey aku tak tahu mana dia dapat duit banyak macam tu.
Aku pernah datang sini sekali je. Itu pun sekejap je sebab nak ambikkan barang dia. Itu jelah yang aku ingat pun.
Sampai saja di situ, aku memutuskan untuk mandi terlebih dahulu. Kalau Danny masuk bilik air nanti, tak tahu bila dia nak keluar.
"Baby, nak makan apa? Aku masakkan." Danny bertempik dari dapur sebaik aku masuk ke dalam bilik air.
"Tak lapar sangat lagi."
"Oh then aku keluarkan ayam jelah eh. Kalau lapar nanti goreng eh?"
"Okey!"
Aku mandi shower saja sebab kalau mandi tab nanti, mahu sejam tak keluar lagi nanti. Tapi Danny tu kalau mandi shower pun, after shower skincare routine dia tu dah sejam dah.
Aku keluar dari bilik mandi dan Danny sudah menunggu di luar kamar mandi tersebut dengan senyuman.
"Mandikan aku?"
"Eii mengadanya. Mandilah sendiri."
Dia mencebik sekali lagi.
"Jangan nak mengada. Dah, mandi cepat."
Dia masuk ke bilik mandi dan aku pula pergi menukar pakaian ke baju tidur. Apartmentnya ini memang kalau bukan calang, aku tak mampu pun untuk bermimpi menginap di dalamnya. Dari balkoni jelas kelihatan KLCC dan TRX sebagai pemandangan. Memang kediaman mewah betul. Yalah harga pun sampai tiga juta ringgit, mati hidup balik pun belum tentu boleh kumpul duit banyak tu.
Selepas habis menukar pakaian, aku menghenyakkan badan ke atas katil dan bermain handphone. Ada mesej daripada Razif.
Razif Tarian
K kau takde bilik
Mana?
Jngn ckp kau dngn Syahid lgi
J. B. Williford
Taklah
Ngn Danny
Pavi residences
Razif Tarian
Wuuuuuuuuuu
Gila ah!
Nak jugak🥺🥺🥺
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
