Part 5: Gelojoh

1.3K 25 0
                                        

Tidak terkeluar sebarang ucapan dari bibirku. Aku jadi asyik memandangnya. Sungguh indah saat itu. Ditambah sinar matahari mencelah melalui daun-daun pokok di hutan itu. Dia memandang sama ke arahku. Nampaknya dia turut terleka, sehingga dia tidak perasan labunya dihanyutkan air sungai batu tersebut.

Aku mengikat tali sampanku dan aku melangkah keluar dari sampan dan mendapatkan labu keringnya yang dihanyutkan sungai tadi. Aku berjalan ke arahnya. Dia masih menatapku. Aku menyerahkan labu kering itu padanya.

"Nah, labu awak" ujarku sambil menyerahkan labunya. "Eh, terima kasih, tidak perasan pula labuku hanyut" ujarnya sambil tersenyum manis. "Sama-sama" balasku. "Awak buat apa patah balik ke sini?" tanyanya. "Aku nak singgah makan tengahari, mana tahu ada orang nak tolong saya bakar ikan bersama" kataku. "Banyak ke dapat ikan?" tanya dia lembut. "Ada juga, kalau awak sudi, temankan saya makan boleh?" pintaku tidak ragu-ragu.

"Boleh la, lagipun saya takda benda nak buat hari ini" balasnya. Jawapan itu sudah pasti mengembirakan ku. "Awak tunggu kejap saya carikan kayu api ye" ujarku. Kaki ku melangkah mencari ranting kayu di sekitar kawasan tersebut. Aku kembali kepadanya dan menghidupkan api. Kemudian aku pergi ke sampan mengambil bekal dan beberapa ekor ikan untuk dibakar. Kemudiannya aku kembali menyertai dia semula. Dia membantu aku membakar ikan. Sambil itu kami berdua terus bersembang.

"Eh awak, awak dah kahwin ke?" tanyaku padanya. Aku takut juga, mana tahu dia isteri orang. Boleh kacau jadinya. Dia memandangku dengan penuh senyuman. "Awak rasa saya ada suami tak?" tanya dia padaku. Aku pula yang ditanya. "Ye la, orang cantik macam awak mesti ada yang punya" ujarku berharap jawapan sebaliknya dari ucapanku. "Dah, kalau awak yang jadi suaminya" balasnya menyakatku. "Ish, cakap betul-betul la, tak manis jika orang pandang kita berdua di sini jika awak adalah hak orang" ujarku menjaga adab.

"Betul la, saya belum berpunya" jelasnya. Wow, jawapan terindah. Kiranya aku ada peluanglah bisikku dalam hati. "Betul ni! awak jangan main-main" balasku masih sangsi. Sambil tanganku memutar ikan yang dibakar tadi. "Benar la, belum ada yang sudi" ujarnya lagi. "Saya sudi" cepat aku menjawab. "Awak mengadala, takkanla baru jumpa awak dah suka" balasnya. Aduh, bendulnya aku. Gelojoh betul terasa diri ini.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Aku mengaku yang kebenarannya bahawa aku sudah jatuh hati saat kali pertama bertemunya. Dia pun membahaskan benda yang sama. Aku menyatakan yang aku terus teringatkan dia, setelah dia pergi tadi. Dia juga turut merasakan suatu yang sama, sebab itu alasannya menyauk air tadi adalah mengharapkan berjumpa aku lagi.

bersambung...

Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang