Reaksi ibuku sangat terkejut dengan cerita ayah. Dia tidak menyangka bahawa ayah adalah hasil perkahwinan bapa mertuanya dengan gadis bunian. Bukan ibu sahaja yang terkejut, tapi aku dan isteriku. Hanya ayah mertua dan ibu mertua sahaja yang selamba. Apakah mereka tahu tentang perkara itu?
"Tak habis lagi, ada lagi yang belum diceritakan" ujar ayah lagi. Kami kembali menyambung memasang telinga. Semua senyap memberikan perhatian.
Atuk tidak menceritakan hal perkahwinannya dengan bunian pada orang kampung. Segala itu dirahsiakannya. Ayah ketika itu baru dilahirkan. Sehingga suatu ketika atuk bersama nenek atau gadis bunian tadi pergi berburu sama. Sebab nenek tidak dapat berjauhan dari atuk. Nenek akan ikut atuk ke mana saja.
Di sekitar hutan, kebetulan atuk sebelah ibu juga dalam perjalanan berburu. Oleh kerana kawasan sasaran berburu pada hari tersebut adalah kawasan sama selalunya dua sahabat itu berburu. Mereka berdua terserempak di suatu tempat. Kerana leka atuk lupa yang nenek adalah kelihatan seperti ular bagi manusia biasa. Atuk sebelah ibu melihat ada ular nabau di belakang atuk.
Apalagi, dia mengeluarkan parangnya dan melibas terus ular yang dia nampak sehingga terputus dua. Kemudian dia terus berlari ketakutan. Atuk sebelah ibu tidak sempat melihat nenek kamu menjelma menjadi manusia semula. Atuk kamu sudah salahfaham dengannya. Atuk menangis kerana kematian nenek dan dia membenci atuk sebelah ibu. Sehinggakan mereka saling membenci kerana dia selalu mencari masalah dengan atuk sebelah ibu berpunca ketidakpuasan hati. Orang kampung memang tidak tahu kisah itu.
Setelah peristiwa itu, atuk kembali ke kampung hanya mengambil ayah dan berpindah ke kampung kerana menyangka orang kampung bunian akan menyalahkannya. Mulai dari saat itu atuk hidup dalam kedukaan selepas kematian nenek. Dia hanya memberikan kasih sayang pada ayah sepenuhnya. Sehinggalah atuk kamu meninggal dia tidak pernah lagi ke alam bunian.
"Setelah, atuk kamu menceritakan peritiwa itu, ayah berusaha mendamaikan mereka berdua yang bermusuhan sehingga ayah jatuh cinta pada mak kamu" ayah mengakhiri ceritanya.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.