Part 7: Nabau (Anaconda)

845 20 0
                                    

Sampai di tepian tempat meletakkan sampan, aku terdengar suara riuh rendah. Kelihatan beberapa orang kampung tergesa-gesa baru sampai di tepian itu juga. Aku memunggah segala hasil yang aku dapat ke dalam guni.

"Wei, aku ingat kau sudah mati dibelit ular nabau (Anaconda) tadi" ujar orang kampung yang mengayuh macam nampak hantu semasa di hilir sungai tadi. "Ya la, riuh orang kampung dengar dia cerita kamu dibelit ular" tambah sorang lagi. Aku terpinga-pinga. Sebab aku rasa ok jer. "Mana kamu nampak ular?" tanyaku. "Kamu bukan kena belit dengan ular tadi ka?" sambil dia membelek-belek badan aku.

Kepala ku terus teringat gadis tadi. Apa mungkinkah dia ular? Dia ini cemburu melihat aku bersama gadis tadi kot. Pandai-pandai pulak dia buat cerita. "Korang nampak aku ok jer kan?" ujarku tenang. "Ye la kau ni, buat orang kampung macam apa berlari ke sini" ujar sorang lagi kepadanya.

"Sepanjang aku bermain di sungai ini tak pernah lagi aku nampak nabau la" tambahku. "Kami ingat nak menyelamatkan kamu tadi, tu yang saya bergegas balik panggil orang kampung, tapi mata kepala saya sendiri tengok, apa mungkin saya salah tengok agaknya" katanya menjelaskan mengapa beberapa orang kampung berada di situ. "Aku terjerit-jerit panggil kau tadi, ingat nak ajak makan ikan bakar sama-sama, tapi kau berputar balik" jelas aku pula. "Mungkin aku salah tengok" ujarnya sambil mengaru kepalanya yang mungkin gatal atau tidak.

Maka semua yang berada di situ pun balik semula. "Banyak juga kau dapat ikan hari ini" ujar lelaki tadi. "Bolehla, air setengah tebing, tak boleh buat apa, tahan taut je la" balasku. Memandangkan dia memang selalu berbohong bila bercerita, maka memang susah nak percaya la cerita mamat ni. Aku pun tergelak, Bila teringat ceritanya. Elok-elok aku terjerit-jerit panggil dia tadi, dia boleh balik kampung cerita aku kena belit dengan ular nabau.

Sampai di rumah, aku mandi dan makan malam bersama orang tuaku. Lauk apa lagi, lauk ikan baung la. "Betul ke kau tadi dibelit ular nabau nak?" tanya ibuku. Mamat ni punya cerita, satu kampung tau cerita bohong dia. "Kalau aku kena belit, agak-agak yang tengah bersembang dengan mak ni siapalah mak?" tanyaku memerli ibuku. "Iye la, ramai yang pergi nak selamatkan kau tadi, mak risau juga la" balas ibuku.

"Esok-esok tu berenti dulu la ke sungai, risau pulak mak" ujar ibuku tidak membenarkan ke sungai. "Emak ni pun, dah itu punca rezeki saya mak, mak pun tahu saya dengan sungai tu mana dapat dipisahkan" balasku mempertahankan aktiviti sungai ku. "Mak paham, tapi mak risau" ujar ibuku lagi. "Kau ni pun, dia dah besar dah, tahu la dia jaga diri" bapaku menyampuk. "Kan bah, orang dah besar panjang la mak, mak jangan risau la" tambahku. Ibu ku diam tidak bersuara lagi, dia hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

bersambung...


Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now