Part 32: Tetamu

451 13 0
                                    

Kami sudahpun, sampai di rumah. Ayahku mempelawa dan mengalukan tetamunya. Ibuku pula masih mendiamkan diri. Bagaimanapun, dia memerhatikan isteriku ke atas ke bawah setelah kami berdua melangkah masuk.

"Patutlah anak ayah terpikat, menantu ayah tu memang cantik" bisik ayah ke telingaku. Aku hanya tersenyum kecil mendengar ucapan ayah. Suatu yang agak baik dari respon pertama ayah. Mereka, duduk di ruang tamu. Tetapi ayahku seperti memahami, dia terus menutup semua pintu dan tingkap, tidak mahu orang luar tahu.

"Duduk dulu, saya siapkan kopi" ujar ibuku dan melangkah ke dapur. Langkahnya terus diikuti aku dan isteriku. Di dapur ibu memasak air panas untuk dibuat kopi. "Mak, maafkan saya" ujar isteriku bersuara. Ibu seperti tidak menghiraukannya. Aku memang jelas melihat airmuka isteriku sedikit berubah kemerahan. "Mak, boleh saya bantu buatkan kopi?" ujar isteriku terus mencuba. "Awak tahu ke buat kopi? kalau dia nak buat, mak pergi layan tetamulah " ucap ibuku separa menyindir. Ibu terus meninggalkan kami berdua di dapur dan ke ruang tamu.

Aku nampak reaksi isteriku sedikit sedih, tapi dia cuba menyembunyikan. "Mak saya memang macam tu, sabar ya awak" ujarku memujuknya menyembunyikan ketidakpuasan hati ibuku. Dia memandang ke arahku dan senyum sambil mengangguk. Aku memegang dagunya dan ku donggakkan ke arahku. Ku cium dahi isteriku penuh rasa kasih sayang. Dia merangkulku kemas. Setelah itu, aku membantunya di dapur. Kerana kau risau dia tidak tahu menggunakan dapur gas.

Aku terdengar ayah dan ayah mertuaku seronok bersembang. Namun, sebaliknya kedua ibu dan ibu mertuaku pula tidak kedengaran. Lantak dioranglah dulu. Apa nak jadi jadilah malam ni fikirku. Aku macamanapun perlu berserah.

Isteriku membawa kopi ke ruang tamu untuk dihidangkan. Dan dia mengambil hidangan dari bungkusan yang mereka bawa untuk dijadikan hidangan. Dia kembali menuang air kopi kepada semua. Kemudiannya dia duduk bersimpul menyandar di tiang rumah duduk di sebelahku. Hurm, tak mahu jauh langsung juga dia dariku.

Sambil itu, aku perhatikan semua wajah di situ. Cuma ibuku saja yang bersikap acuh tak acuh. Aduh, susahlah kalau macam ni. Bagaimana kalau ibuku menghamburkan sesuatu di dalam hatinya seperti siang tadi?

bersambung...

Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now