Aku berehat dan tertidur sehingga ke petang. Letih sangat agaknya. Ibuku membangunkan aku. Ibu memujukku supaya pergi ke sana sekarang. Aku membohongi ibuku, untuk pergi ke sana hanya sesuai waktu malam. Akhirnya ibuku setuju untuk pergi ke sana pada waktu malam.
"Kau ini cubalah, bawa bersabar" kata ayah. "Dia satu-satunya anak kita bang, macamana aku nak terima mereka? Dunia mereka jauh berbeza dan mereka jelas bukan manusia" balas ibu. Aku jadi tersepit. Aku sayangkan ibu dan ayahku. Dalam masa yang sama aku menyintai isteri bunianku. Dari tindak tanduk ibuku jelas dia seperti tidak merestui hubungan itu. Tapi penikahan aku sudah dilangsungkan. Aduh macam mana ni? Apa yang harus ku buat?
"Kalau kita berjaya ke sana, saya harap kau tidak terbawa-bawa dengan perasaan kau tu, jangan mendatangkan amarah mereka, sebab kita tidak tahu macamana mereka" nasihat ayah kepada ibu. "Itu saya tahu, kita perlu cari bomoh untuk ubatkan anak kita ini" ujar ibu lagi. "Kau ni, cubalah bertenang" tegas ayah. "Mak, abah, saya sangat sayangkan ibu dan ayah, dalam masa yang sama saya sudah jauh terlanjur menjadi suaminya malah saya sangat menyintainya mak" jelasku menyatakan perasaan serba salahku.
"Ibu mana tidak sayangkan anak, mak pun tahu macam mana perasaan kau nak, ibu pun pernah bercinta juga" ujar ibu memujukku. "Kau bercinta dengan siapa?" tanya ayah. Yang pasti soalan itu bukan untukku. "Dengan siapalah? Tentulah dengan Engkau" balas ibu menjeling geram kerana dia tahu ayah menyakatnya. "Jadi kau dapat kawal diri kau tak masa mak bapak kau tak bagi dulu?" tanya ayah lagi. "Tak perlu kaitkan dengan kisah itu, masa tu muda lagi" balas ibu. Aku tahu apa yang ayahku maksudkan. Tapi aku tidaklah sampai memikir menggugut untuk membunuh diri seperti pengalaman ibuku.
"Ini adalah karma yang kita kena lalui" ujar ayah lagi. "Sekarang kau menyalahkan binilah? Siapa yang ingin menyerang bapak ku dengan parang dulu kerana tidak benarkan hubungan kita?" tanya ibu membalas ucapan ayahku. "Sebab itu ia adalah karma kita" tegas ayah. Aku jadi tidak selesa tersepit dengan perbahasan mereka berdua. "Udahlah tu mak, ayah, tidak usahlah berbalah" tegahku.
"Maknya, di sana tolong jaga adab kita sebagai manusia, kita tidak tahu pantang larang di dunia mereka" ujar ayah. "Tahu la kita bapanya, kalau mereka baik macamana pun, mereka tetap bukan manusia!" ibu membalas. Inilah yang dikatakan diluah mati emak, di telan mati bapak. Aku sangat tersepit.
Aku tahu sebenarnya kedua orang tuaku tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut, biarpun ayah kelihatan seperti menyebelahiku. Dia hanya tidak mahu ibuku menekan aku. Tapi harus bagaimana? Dia sudah menjadikan isteriku. Apa yang aku harus putuskan? Aku sangat menyayanginya biarpun aku tahu dia bukan manusia.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
