Part 8: Menunggu

758 17 0
                                    

Malam itu, bagai suatu malam yang amat panjang bagiku. Amat sukarku lelapkan mata. Aku asyik teringatkan gadis yang ku temui di sungai hari ini. Redup matanya, ayu wajahnya, manis senyumannya, lembut bicaranya, semua itu bermain-main di kepalaku. Tidak pernah aku jatuh hati sebelum ini. Ini adalah benar-benar yang pertama buatku. Akhirnya aku terlena jua.

Aku terjaga, sudah siang. Aku bersiap untuk ke sungai lagi hari ini. Tapi kali ini aku akan bermalam di sungai. Joran mengail udang bersama tautku sudah ku sediakan. Aku kemas sedikit pakaian untuk ku bawa nanti. Kalau sebelum ini semangat ku adalah aktiviti menangkap ikan, kali ini ia menjadi dua perkara. Niat ingin bertemu gadis itu membuak-buak. Begini rupanya perasaan merindui kekasih hati.

Aku mulakan perjalananku hari itu menyusuri jalan denai menuju ke tepian. Langkah kaki ku laju. Jelas aku seperti tidak sabar. Akhirnya aku sampai di tepian. Seperti biasanya aku menyimpan barangan di sampan. Tali perahu ku buka dari tambatannya. Aku terus menyusuri sungai ke arah hilir. Kayuhan ku laju. Tempat yang ku tuju tidak lain tidak bukan, yakni tempat semalam.

Menghampiri tempat itu, aku mendengar bunyi kocakan air orang bermain dengan air sungai. Hati ku girang, sahla dia sedang menanti kedatanganku. Tidak syak lagi, sampan ku sudah sedia ada dia tempat itu, aku nampak dia sedang bermain-main dengan air. Wow, sangat cantik, mukanya berseri-seri setelah perasan kehadiranku.

"Awak tunggu saya ka?" sapaku. "Sudah tahu bertanya pula" balasnya tersenyum malu. Suasana di sekitar sungai itu bagaikan suatu taman yang sangat indah bagiku dengannya. "Awak rindu ka?" tanyaku tersengih. "Jom, mandi sama" ujarnya. "Sejuk lagi la, masih pagi begini" balasku belum mahu membasahkan diri. "Kalau sudah dalam air ni, tak terasa sejuknya" pujuknya. Aku menggelengkan kepala ku tanda belum sedia basah. Dia memercikkan aku dengan air. Nakal juga gadis ni.

Aku mengayuh sampanku ke tebing dan ku ikat talinya. Kemudian, aku duduk di sebatang pokok yang melintang tepi sungai sambil memerhatikannya. "Dah puas mandi ke belum?" tanyaku. "Dah" balasnya ringkas. Dia pun segera naik ke daratan. Biji mata lelaki terpaku memandang sosok tubuh seorang gadis berkemban kebasahan naik ke daratan. "Wei awak, jangan pandang macam tu boleh, macam orang miang jer tau" tegurnya melihat aku sedang memandangnya. Pandanganku dipaling ku ke arah lain. Baik sangat la konon.

"Jap, awak jangan pandang sini, saya bersalin pakaian dulu" ujarnya. Aku hanya menuruti katanya. Aku diam tidak berkata, menunjukkan rasa hormatku padanya sebagai seorang wanita. "Dah boleh pandang" ujarnya setelah selesai menggantikan pakaian basahnya. 

bersambung...

Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now