Part 9: Tempat Rahsia

846 26 0
                                        

"Awak, saya nak tanya boleh?" tanya dia padaku. "Tanya jer la" balasku ringkas. "Awak benar sukakan saya ka?" tanya si dia. "Serius aku suka, malah aku telah jatuh hati dengan awak" ujarku berterus terang padanya. "Awak, nak tahu, saya sudah ceritakan pada ibu dan ayah saya yang saya telah jatuh hati dengan awak" jelasnya agak mengejutkan aku. Aku bagitahu keluarga ku tidak boleh, dia senang-senang ceritakan terus pada orang tuanya.

"Apa reaksi mereka?" tanyaku. "Mereka merestui hubungan saya dengan awak asalkan awak sudi mengikut syarat ayah saya" jelasnya lagi. Aduh, bersyarat pula. Jangan minta hantaran bukan-bukan dah la bisik hatiku. Ku tatap wajahnya dekat-dekat, memang cantik dan penuh kelembutan. Mana mungkin aku menolak gadis sepertinya. Tutur katanya lembut. Tambah lagi, keayuan dan keredupan matanya benar-benar membuatkan aku terpesona.

"Kenapa awak diam, awak tidak bersediakah?" tanya dia lagi. "Nak tu serius aku nak, tapi apa syaratnya?" tanyaku pula. "Saya pun tak tahu, rasanya saya kena bawa awak bertemu ayah dulu, biar dia yang jelaskan" ujarnya. "Ayah awak garang tak?" tanyaku. Dia tersenyum mendengar soalanku. "Ayah ku tidak garang, cuma dia tegas la" balasnya meyakinkanku.

"Kalau awak sudi, sekarang juga saya bawa awak berjumpa dengan ayah" ucapnya tidak sabar. "Jomla" balasku ringkas tidak melengahkan waktunya. Aku segera mengambil raga di sampan tadi. Seterusnya aku menyertai dia ke arah hutan. Dia memimpin tanganku. Setelah berjalan beberapa ketika kami sampai kat sebatang pokok besar dan dia mengarahku memejamkan mataku.

"Kenapa nak perlu pejamkan mata ni?" aku bertanya kerana ingin tahu. "Sebab tempat ni rahsia" ujarnya menambah rasa ingin tahuku. "Kalau tak pejam, tak boleh ka" aku mempersoalkannya lagi. "Awak percaya pada saya tak?" dia mendugaku. Akhirnya aku mengalah. Aku memejamkan mataku. "Jangan tipu-tipu ah, mata tu belum pejam betul-betul" ujarnya perasan aku masih hanya menyepetkan mataku sahaja.

Kali ini aku benar-benar pejamkan mata. Dia terus memimpinku, kaki ku terus melangkah mengikut arah pimpinannya. "Masih lama lagi ke perlu pejam mata ni?" tanyaku. "Sekejap sahaja lagi, sabarla awak" ujarnya lembut. Beberapa ketika berjalan akhirnya dia mengarahkanku membuka mata.

Silaunya mataku. Perlahan anak mata ku membesar semula. Wah, cantiknya tempat ini. Jauh lebih indah dari pemandangan sungai tadi. Aku sudah berada di hadapan perkampungannya. Tempat itu memang sangat menarik.

bersambung...


Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang