Part 19: Katak

606 18 1
                                    

Barulah perasan melihat katak-katak besar sedang melompat-lompat di sekitar kami berdua. "Bukan katak adalah makan utama ular ka?" tanyaku sedikit celupar. "Di sini, katak-katak hidup bahagia, kami tidak dibenarkan makan katak, jika dimakan ia akan menjadi suatu sumpahan, dan akan dihalau dari dunia ini" jelas si gadis. "Maknanya aku pun tak boleh makan la?" tanya ku bersahaja.

"Katak sangat pantang dimakan, di sini ia adalah penjaga kebun, sebab itulah tiada serangga yang makan daun pokok" jelas si gadis lagi. "Lagi satu, sesiapa yang makan katak di sini, dia selamanya akan menjelma menjadi ular sahaja" tambahnya lagi. Nasib baik dia bagitau aku, dahla katak itu nampak gebu-gebu belaka. Cuma aku tidak maklumkan padanya yang aku pernah makan katak.

Tidak berasa masa berlalu. Kami berdua perlu kembali semula ke rumah. Dia seperti biasa memimpin tanganku. "Mari kita pulang, ada benda mungkin kita perlu lakukan untuk majlis malam nanti" ujarnya. Kami berdua pun berjalan pulang.

Sampai di perkarangan rumahnya, aku lihat begitu ramai yang sedang membuat persiapan majlis untuk malam nanti. Semua yang berada di situ bergotong-royong. Kanak-kanak berlari ke sana-kemari kegembiraan. Suasana yang sangat seronok. Yang perempuannya meletakkan suatu berbentuk bulatan dihias dengan bunga-bungaan. Yang lelaki pula diconteng mukanya dengan kapur putih, ala-ala red indian gitu.

Aku tidak tahu suasana malam nanti macam mana, elektrik tiada. Entah-entah bergelap jer majlis bisik hatiku. Suasana gotong-royong itu sudah cukup meriah, ada yang sudah bermain dengan alat music. Tapi ala-ala tradisional, gendang kulit haiwan, serunai atau seruling dari kayu, ada juga alatan seperti angklung. Muzik yang dimainkan sangat merdu bagaikan menghiasi keindahan di tempat itu.

"Anak pergilah mandi dulu, bersiap mandi dan salin pakaian yang sudah disediakan, majlis akan bermula selepas senja" ujar si ayah yang melihat kehadiran kami berdua. "Awak mandi dulu, dan pakai pakaian yang ayah sudah sediakan ya" ujar si gadis manis yang kucintai. Aku mengangguk tanda faham. Kami berdua, naik ke rumah bersama. Dia menghulurkan kepadaku, kain seperti towel. "Awak pergilah mandi, kain ni guna untuk lap tubuh" ujarnya lagi sambil memberikan aku senyuman manisnya.

Aku pun pergi mandi ke bilik air. Alamak! Mana sabun? Aku bedal saja benda yang ada di dalam bilik air itu, asalkan keluar buih, ya la tu kot. Air yang disusurkan ke bilik air itu adalah air bukit. Sejuk bukan kepalang. Hantam jela janji mandi bersih.

bersambung...

Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now