Kami menuju ke puncak bukit. Di puncaknya ada sebuah pondok tidak berdinding diperbuat daripada kayu juga malah atapnya jua. Dia mengajak aku duduk di pondok itu. "Kita lepak di sini, udaranya nyaman selain menikmati pemandangan" ujarnya. Dari puncak bukit itu, sekitarnya memang jelas sangat indah.
"Malam nanti kita akan rasmi jadi suami isteri" ujar sang gadis. Kelihatan dibibirnya mengukir senyuman lagi. Aku berharap semua ini bukan mimpi indah. Ku tampar pipi ku berkali-kali. Jelas terasa sakit, kerana ia adalah nyata. Dia mengapai tangan ku, dan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengerut dahi tanda tidak mahu aku berbuat begitu. Aku pandang wajahnya. Sah-sah aku mabuk bercinta dengan gadis bunian siluaman ular ini. Apakah aku dipukau?
"Awak, awak betul sukakan saya ke awak pukau saya?" tanyaku tidak ragu-ragu. "Saya sukakan awak setulus ikhlas, dan saya tidak pernah menyukai mana-mana laki pun" balasnya dan memalingkan mukanya tanda merajuk. Adeh. "Kat sini kan banyak lelaki sebangsa awak, malah mereka jauh lebih tampan dari aku" ujarku merendahkan diri. Dia masih lagi memalingkan mukanya.
"Entahla, saya pun tidak mengerti, kali pertama mengenali awak, jantungku berdegup kencang, dan lahir suatu perasaan yang sememangnya tidak pernah aku alami" jelasnya. Memang sama seperti aku juga, yang tidak pernah jatuh hati pada mana-mana gadis sebelum ini. Dengannya jelas perasaannya sangat berbeza. Teruja, terasa ingin bersamanya sentiasa.
"Awak, tahu kita adalah dari dunia berbeza, malah awak tahu juga kita tidak akan memiliki cahaya mata nanti, kenapa awak sanggup jadi pasangan hidupku?" tanyaku. "Awak tanya sendiri kenapa awak juga tidak teragak-agak mengambilku sebagai pasanganmu?" tanya dia lembut. Aku memegang bahunya, ku putarkan badannya ke arahku, memaksa dirinya memandang aku. Kami bertentangan mata, pipinya kemerahan. Jantung keduanya berdegup deras.
"Awak tahu kenapa? sebabnya saya sudah terpikat dengan awak, saya sudah menyayangi awak, dan saya sudah jatuh cinta dengan awak" jelasku sambil merenung tepat ke matanya. "Itu juga yang saya rasa, saya juga telah jatuh cinta dan mungkin melebihi perasaan awak terhadap saya" balasnya. Ucapannya membuatkan bulu roma ku menegak, bukan kerana takut, tapi terharu dengan luahan ikhlasnya. Tampak jelas benar kami saling mempunyai perasaan yang sama.
Aku terus memeluk tubuhnya. Dia dengan perlahan membalas pelukanku. Kami berpelukan buat seketika. Menikmati keindahan sebuah perasaan yang sememangnya sukar dijelaskan dengan kata-kata. Dia diam, aku pun sama, masing-masing mahu pelukan itu terus terasa. Degupan jantung beritma sama.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomantiekKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
