(Akhir) Part 40: Menantuku

718 16 2
                                    

Awal pagi, isteriku sudah bangun. Dia menyediakan sarapan. Nasib baik aku sempat mengajarnya menggunakan dapur gas. Semua dapur dikemasnya rapi. Segalanya nampak kemas dan tersusun olehnya. Raung tamu sudah disapu dan semua yang ada di situ sudah disusun kemas.

Aku sengaja ingin melihat layanan ibuku padanya. Aku buat-buat masih tidur. Aku dengar mereka bergelak tawa. Dia melayan ibuku dengan baik. Diurutnya badan ibuku. Ibuku pula tidak habis-habis memuji kecantikannya dan lembutnya dia. Aku merasa lega. Akhirnya ibuku menerima.

Aku bangun dan duduk sebelah ibuku. Isteriku ke dapur mengambil kopi untuk kami berempat "Cantik menantu mak, baik lemah lembut, dan sangat rajin orangnya" bisik ibuku. Aku hanya tersenyum. Isteriku kembali dengan hidangan dan kopi.

"Mak, mak tahu kan, kami berdua tidak boleh terlalu lama di sini" ujarku. "Mak faham nak" balasnya mulai melelehkan airmatanya. Dipanggilnya isteriku duduk disebelahnya juga. Dia merangkul bahu kami berdua. "Jenguk-jenguk juga mak dan abah di sini kalau ada masa ya nak" ujar ibu. Isteriku senyap cuma mengangguk. "Mak akur cinta kasih kamu berdua suci walaupun berbeza dunia" tambah ibu lagi. Ayahku pula seperti biasa, membaiki jalanya. Entah apa lagi rahsia yang disimpan ayah. Tapi ayah sentiasa menyokongku.

Mulai dari hari tersebut, kami menjenguk ibu dan ayah sebulan sekali. Namun kami berdua tetap perlu berhati-hati. Kerana kisah atuk dan nenek telah menjadi pengajaran buat kami berdua. Akhirnya aku menetap di alam bunian. Apapun perasaan sayang kami berdua tidak berubah. Hakikatnya saya tampak semakin tua, isteriku kekal muda. Namun, perasaannya terhadapku tidak pernah berubah. Kerana baginya aku adalah cinta pertamanya dan buat selamanya.

Aku kadang-kadang menipu. Aku bawakan barangan dari dunia ku bawa ke sana untuk kemudahan di alam bunian. Cuma peralatan seperti telefon, radio memang tidak akan berfungsi di sana. Tak ada siaran langsung. Tapi apapun aku bahagia di sana. Bahagia bersama isteri ku yang cantik yang tidak henti-henti memberi aku senyuman.

Begitulah kesudahannya, sebuah kisah percintaan yang hebatnya dengan cara tersendiri. Percaya atau tidak terpulang pada anda. Yang penting hidup kena yakin bahawa cinta sejati itu wujud tanpa anda menyedari bahawa diri anda telah berada di dalamnya.

TAMAT

Terima Kasih kerana sudi membaca.

Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.


Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now