Aku melihat ke dinding, waktu jam 8 malam. Sebab kami ini bukanlah keluarga yang berada. Telivisyen pun tiada. Adapun cuma radio cabuk yang diketuk-ketuk baru keluar bunyi. Tapi perkara asas, elektrik dan bekalan air bersih sudah ada la. Nak Kata kehidupan susah sangat tidak la juga. Tapi di antara keluarga kategori miskin la.
Aku pula bukannya tidak pandai sekolah, tapi hanya setakat tingkatan 3. Keputusan SRP ku cuma tidak lepas Bahasa Inggeris menjadikan aku tidak menyambung ke tingkatan 4. Nak mengulang SRP dah tiada perasan mahu belajar dah. Selepas itu aku terus leka dengan aktiviti nelayan tak bertauliahku.
Berbalik semula ke suasana tadi. Perutku meraung lapar. Kami tadi niat ingin ke sana, maka tidaklah ibu memasak. "Awak, mari kita ke dapur, memasak apa yang ada" bisikku memujuk yang sebenarnya aku ingin membawa dia keluar dari situasi sedihnya. "Baik awak" balasnya. "Kami berdua ke dapur dulu memasak" ujarku minta diri dari ruang tamu itu. Perlahan kami berdua melangkah ke dapur.
Sampai di dapur aku menangkap beberapa ikan haruan yang aku simpan hidup dalam tempayan. Dan aku menyiangnya sementara isteriku mengeluarkan bahan dan rempah yang dibawanya dari alam sana. Kami berdua bekerjasama di ruang dapur itu.
Manakala, ayah dan ayah mertuaku mula berbicara. Percakapan mereka memang jelas didengari dari dapur. Mereka seperti melupakan sementara topik utama tadi. Begitu juga, ibu dan ibunya mula bersembang. Tapi tiada kena mengena dengan hal kami. Mereka bercerita tentang aktiviti di dunia masing-masing.
"Eh, awak macam mana kamu bertiga terus kekal dalam rupa manusia kat dunia kami?" bisikku pada isteriku. "Aku tak tahu juga, tapi ayah yang bagi kami minum ramuan dalam botol, katanya kami akan nampak seperti manusia di dunia ini" ujarnya. "Berapa lama kesan ramuan tu sehingga jelmaan bertukar semula?" tanyaku lagi. "Ikut kata ayah, setelah minum, ia mampu bertahan tiga hari, lepastu akan nampak seperti ular semula" ujarnya.
Aku membantu isteriku memasak. Dia menyediakan beberapa hidangan. Sementara orang tua kami semakin lama semakin mesra bersembang bertukar-tukar cerita. Tapi jangan ingat mereka akan merestui, minda orang tua ni sukar diramal.
bersambung...

YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomantikKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.