Si ayah mengajak ku ke dapur kerana makan tengahari itu sudah disediakan. Kaki melangkah ke dapur. Memang sama seperti dunia nyata. Sekali lagi aku, seperti rusa masuk kampung. Ruang dapur itu dipenuhi dengan buluh perhiasan yang tersusun seperti rak.
"Jemput makan nak, jangan malu" si ibunya mempelawa aku makan. Si dia hanya tersenyum menjelingku. Di dapur itu, sama seperti dunia manusia. Cuma semuanya diperbuat daripada kayu jati. Kerusinya mejanya penuh ukiran. Semacam saya masuk ke ruang kedai perabot yang menjual produk kayu kayan.
Aku nampak nasi juga adalah makan utama. kalau begini senang sikitla aku hidup di sini. Manusia macam aku, sudah biasa dengan nasi. Lauknya enak, daging rusa salai, sayurannya sama la. Selesai makan, ayahnya mengambil hiasan buluh tadi dan menuangnya dicawanku. Rupanya hiasan buluh itu tempat simpanan air. "Ini minuman herba akar kayu Sulur Bertam nak, ia baik untuk kesihatan anak" ujar si ayah. "Apa khasiatnya pakcik?" tanyaku tanpa segan bertanya. "Ia menambah imunasi dan tenaga dalaman anak" jelasnya. Aku hanya mengangguk.
"Kalau anak ingin tahu, semua yang ada di dalam buluh itu terdiri daripada air akar kayu" jelasnya sambil menunjukkan satu persatu kepadaku. Aku tidak heran juga, kerana mereka telah hidup ratusan tahun, sudah pasti banyak pengalaman hidup yang mereka telah belajar. Pastinya ilmu mereka sudah tinggi. Dia terus menjelaskan kepada ku tentang akar kayu. Mana mungkin aku ingat, banyak sangat.
Kami berdua kembali di ruang tamu, kami terus bersembang. "kalau anak tidak keberatan, malam ini kita melangsungkan majlis pernikahan" katanya. Aku setuju, aku tidak sabar memperisterikan gadis yang kucintai itu. "Apa yang saya kena buat untuk majlis ini pakcik?" tanyaku. "Tiada apa-apa nak, kami bersyukur kami dapat menantu istimewa seperti anak" jelasnya seperti bangga denganku. Sedangkan aku memikirkan diri hanya seorang insan biasa.
Selesai di dapur, si gadis datang ke ruang tamu. "Ayah, saya minta izin bawa dia keluar berjalan-jalan sekitar kampung" si gadis minta izin mengajak ku keluar lagi. "Pergilah, tapi jangan keluar ke sungai" tegas ayahnya. "Baik yah, saya nak bawa dia ke bukit sana" menjelaskan destinasi kami berdua. Aku hanya jadi pak turut sahaja, mengikut langkah kaki sang gadis. Si gadis memimpin tanganku.
Wajah ceria si gadis membuatkan aku leka seperti dibuai mimpi indah. Rambut lurusnya cantik mengerbang ditiup angin. Pandangan mata redupnya tidak mengerdipkan mataku. Pipinya kemerahan, tidak bersolek cantiknya semulajadi. Sungguh dia cantik. Aku terpikat bukan hanya kecantikannya, lembutnya dia berbicara menutur kata turut melemaskan aku. Ya aku telah jatuh cinta pandang pertama dengannya.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomansaKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
