Aku dan isteriku masuk ke bilik kami. Suasana senyap sepi malam itu hanya bertemankan bunyi cengkerik dan bunyi katak menyanyi sana sini. Sangat tenang.
Isteriku sekarang berdepan denganku. Kami berdiri menghadap masing-masing. Kami saling bertatapan, tangan ku merangkul pinggannya. Dia membalas dengan rangkulan dileherku. Pipinya kemerahan lagi. Kedua-duanya membisu. kami saling berpandangan tidak berkerdip. Masing-masing menikmati saat indah itu. Terserlah keayuannya. Meremang bulu badanku terasa bukan kerana seram.
"Awak, saya sayang awak sangat-sangat" ujarnya padaku. "Awak sangat cantik, sayalah lelaki paling beruntung memperisterikan awak" ujarku dan menghadiahkan senyuman buatnya. Dia pula tersenyum malu-malu. Degupan jantung keduanya terasa laju. "Eh, macamana padam lampu auto kunang-kunang tu" tanyaku. Dia tergelak mendengar pertanyaanku. "Buat cegini" dia menepuk tangannya. Wow, kunang-kunang tu terbang keluar dari bilik itu.
"Habis tu, nak terangkan bilik ini balik macamana pula?" tanyaku. "Esok-esok saya ajarkan ya" balasnya. Agak gelap juga suasana bilik ketika itu, tapi masih samar-samarla. Aku dan dia mulakan malam pertama kami. Dah, dah, cukup setakat ini. Ini bukan cerita lucah. mengada juga korang ni sampai ke kelambu pun nak ikut juga.
Bunyi kicauan burung membangunkan aku di pagi itu. Isteriku sudahpun di dapur bersama ibunya menyediakan sarapan pagi. Aku masuk ke bilik air mendermakan wasiat dari pencernaan perut ku ke bumi. Nak mandi tapi terasa airnya sangat sejuk, air bukit tau la sejuknya macamana.
Aku keluar dari bilik air menyertai mereka berdua. Isteriku menyerahkan air minuman padaku bersama senyuman manisnya. Aku terus memandangnya. Mukanya menjadi kemerahan, mungkin teringatkan kenakalan bersama malam tadi. "Eh, mana ayah?" tanyaku melihat si ayah tiada di situ. "Dia pergi ke kebun sekejap katanya" balas ibu mertuaku.
Aku terus menatap kecantikan isteriku. Pipinya masih lagi kemerahan. Dia tersenyum mencuri pandang-pandang padaku. Reaksinya jelas malu-malu. Entahla, apakah yang sedang berlangsung dimindanya itu. Ingin juga ku bertanya. Tetapi segan pula, ibu mertuaku ada di situ.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomansaKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.