Part 24: Bertolak

686 17 0
                                        

Aku akan bertolak balik ke kampungku hari ini. Nampak gayanya tiada hasil ikan ataupun udang yang ku akan bawa balik nanti. Balik begitu sahajalah nampaknya. Apakah alasan yang aku perlu jawab di sana nanti?

Ayah mertuaku sudah sampai dari kebun. Dia bawa banyak buah-buahan bersamanya. Dia mengatakan itu semua untuk ku bawa balik. Aduh, kata nak merahsiakan ini semua. Macamana ni? Apa yang ku nak jawab aku dapat dari mana semua ini? Takkan aku jawab aku shopping kat hutan? Runsing juga memikirkannya.

"Anak jangan risau, ayah sudah selesaikan, ayah dan ibumu sudah ku maklumkan dari mimpi mereka" ujar ayah mertuaku. Aku terpinga-pinga. Ilmu apa yang mereka ni boleh buat sampai tahap ini? "Rasanya mereka sudah mengerti, di mana kamu berada" tambahnya lagi. "Bukan saya masih perlu rahsiakan semuanya ke pak?" tanyaku. "Untuk orang lain ya, jangan diceritakan kepada sesiapa kewujudan dunia kami, tapi buat ayah dan ibumu, ayah rasa serba salah kalau tidak maklumkan kepada mereka" jelasnya.

Aku tidak pasti sama ada kedua-dua orang tuaku dapat menerima hakikat ini. Bingung aku sekarang. "Jangan risau, dalam mimpi itu, mereka menerima tentang semua ini" ujarnya lagi. "Adakah mereka percaya tentang mimpi ni pak?" tanyaku. "Itu terpulang kepada mereka nak, apa yang pasti ucapan mereka dalam mimpi sangat ikhlas, lagipun mereka berdua telah mengalami mimpi yang sama" tambahnya lagi. "kalau macam tu, saya pun berharap benda yang sama" balasku. Namun, hati ku masih-ragu-ragu adakah orang tuaku akan menerima kebenarannya.

"Anak hanya boleh bercerita kepada mereka berdua sahaja" tambah ayah mertuaku. Aku mengangguk faham. Aku mengemas sedikit baranganku dan segala yang dihadiahkan untuk orang tuaku. Aku bersedia pulang. Aku faham isteriku tidak akan ikut sama. Dia akan nampak berbeza di dunia ku. Isteriku menemani ku sampai ke tempat pokok besar. Kali ini dia tidak memintaku memejamkan mataku. Dia mahu aku nampak jelas jalan kembali ke situ.
"Awak, kekunci untuk balik semula ke dunia awak, awak perlu jalan pusing di pokok ini sebanyak tujuh kali ke arah sebelah kiri, nanti bila awak nak kembali ke sini awak pusing tujuh kali ke kanan pula" pesan isteriku. Aku mengangguk faham.

"Awak, jangan lama sangat tau, saya pasti merindui awak nanti" ujarnya terus memeluk tubuhku. "Baik, jangan risau, saya pasti akan kembali bersama isteri tercintaku" balasku. Ku lihat airmata perempuannya mengalir. "Eh, awak ni sekejap saja saya pergi tau, jangan sedih-sedih" ujarku. Dia masih tidak mahu melepaskan pelukannya. Sayang sangat dia padaku.

bersambung...


Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang