Selesai ibuku membancuh kopi, dia memanggil aku dengan ayahku ke dapur. Abah dan aku sama-sama ke dapur. Ibuku menuangkan kopi ke dalam cangkir ku dan ayah. Ibu ku menunjukkan muka seriusnya. Ini agak merisaukan aku. Begitu juga si ayahku.
Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya. Aku meniup kopi dalam cangkir itu, dan ku hirum perlahan. "Semuanya berlaku dengan amat pantas" ujarku. "Ceritakan terus apa yang sebenarnya berlaku" pintas ibuku. "Kau ni, sabarla, jangan menekan budak tu sangat" balas ayahku sememangnya jenis orang yang tenang.
"Ibu dan abah percaya tak alam bunian tu wujud?" tanyaku. "Dengar cerita pernahlah, arwah tok kamu dulu pun pernah masuk ke alam bunian" jelas ibuku. Rasanya sudah pasti dia percaya. "Kisah tok kau dulu dia dijemput ke rumah orang bunian, dan dia dihadiahkan penawar segala racun ular itu jer, sebab tu atok kau dulu tidak takut dengan ular, dan kau kebal dengan patukan ular selepas kau minum ubat tu juga" jelas ayahku membuka rahsia kenapa aku tidak lut dengan bisa ular.
"Tapi kisah saya berbeza dengan tok" ujarku. Aku pun menceritakan kepada ibu dan ayahku cerita dari mula hingga awal. Kedua-duanya mengangguk faham dengan kisah yang aku ceritakan. "Adakah ibu dan abah merestui perkahwinanku dengan gadis bunian tu? tanyaku. Mereka berdua saling berpandangan. Dan membisu buat seketika. Ini membuatkan ku gusar.
"Dunia mereka berbeza dengan kita nak..." ujar ibu dan belum sempat menghabiskan ayatnya. "Ah, kamu ni tidak usah berleter la, kalau dia dah buat keputusan, itu tandanya anak kita sudah memilih gadis bunian itu, kau berleter panjang lebar pun, dia sudah pasti tetap dengan pendiriannya" balas ayahku. Memang tampak ayahku memahami isi hatiku. "Ye la, mereka tu makhluk lain, kita ni manusia, kalau mereka apa-apakan anak kita macam mana?" ibuku mula dah. "Maknya, kalau mereka nak makan anak kita ni, sudah lama dia arwah tau" balas ayah ku kali ini agak kejam. Membuatku hampir tergelak.
"Ibu tetap risau juga, aku yang melahirkannya, bukan engkau" ujar ibuku meluahkan isihatinya. "Itu aku tau la, gadis bunian tu sudah bernikah dengan anak awak ni, gadis itu kan juga macam manusia di dunia mereka di sana, nak takut apa?" tambah ayahku lagi. "Baiklah nak, kamu benar suka dengan gadis bunian tu? Dia cantik tak?" tanya ibuku menyedapkan hatinya sendiri.
"Dia sangat cantik mak, lemah lembut, dia juga sangat sayangkan saya, saya pun sama sepertimana dia juga" jelasku. "Tiada perempuan di kampung ni secantik dia ka?" tanya ibuku lagi seperti dia kegeraman. "Kau ni, berapa ramai perempuan nak kat anak awak ni dah, dah dia pilih yang tu, pasti itulah pilihan hatinya" tambah ayahku menyokongku. "Ibu nak tengok dengan kepala dan mata sendiri, mak nak ikut kau pergi sana, baru mak puas hati" balas ibu ku lagi. Alamak, ibuku buat keras kepala juga. Patutkah aku bawa orang tua ku ke sana? Adui, masalah ini.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
Любовные романыKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.