Kami berdua menyediakan hidangan di atas meja dapur. Kebetulan kerusi pun hanya ada empat sahaja. Kami memikirkan mendahulukan orang tua. Kami nanti makan di ruang tamu. Selesai hidangan siap disediakan. Aku menjemput orang tuanya dan orang tuaku makan.
Mereka datang ke dapur dan mengambil posisi masing-masing. Isteriku umpama pelayan di hotel menyenduk nasi untuk mereka semua dia memberikan senyuman pada semua walaupun hatinya sedang terguris.
Kemudian dia dan aku makan di ruang tamu. "Harap mak suka masakan saya" ujar isteriku masih tersedu sedan. Nampak sedihnya tidak habis lagi. "Jangan sedih, saya juga akan ikhtiar seadanya nanti" ujarku memujuknya. Dia memberiku senyuman biarpun masih tersedu sedan. "Dah, kita makan dulu ya" kataku mahu dia makan bersama.
Sambil makan, masih kedengaran juga orang tua kami bersembang. Entah apa benda yang dibincangkan. Apa yang pasti hal mereka sahaja. Lantak merekalah, tapi dalam hati mengharapkan semuanya memihak kepada kami berdua.
Aku menatap wajah ayu isteriku, kelopak matanya masih basah, tetapi sudah berhenti menitis, tinggal sedu sedannya sahaja. Bagi aku masakan isteriku memang sedap, rasanya sedikit lain, kerana rempahnya dari dunia mereka. Mereka tidak menggunakan MSG, yang digunakan adalah garam bukit yang prosesnya dibakar menggunakan buluh.
Selesai makan, kedua ayah kami kelihatan muncul dulu ke ruang tamu. Ibu-ibu pula mungkin mencuci pinggan mangkuk. Kedengaran ibu bercakap di dapur. "Masakan ini sangat sedap, saya tahu bukan anak saya yang masak" ujar ibuku memuji keenakan masakan isteriku. Kedengaran gelak tawa mesra ibu-ibu di ruang dapur. Isteriku tersenyum mendengar perbualan itu.
Aku pula leka dengan wajah isteriku. Bagaikan terpukau setiap kali memandang wajahnya. Dah selalu sangat aku puji, nanti korang naik bosan pula. Dah dia memang cantik, aku puji la, dahla wajah original tanpa pembedahan plastik dan apatah lagi solekan. Tapi, hatiku tetap gelisah, risau kesudahan kami berakhir dengan perpisahan. Kalau aku ada perakam video, memang aku rakam wajah itu agar selalu aku nikmati.
Kedua-dua ibu sudah selesai di dapur dan kembali menyertai ayah-ayah di ruang tamu. Namun, ibuku tidak memandang ke arah isteri ku langsung. Apakah ini petanda, ibuku tetap dengan pendiriannya. Walaupun aku pasrah dengan semuanya. Tapi hatiku sebenarnya masih belum tenang. Aku tidak sanggup dipisahkan dengan isteriku.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
