Aku cuba melepaskan pelukan tadi. Tapi tangannya masih erat seperti belum bersedia melepaskannya. "Jangan lepaskan, saya selesa awak" bisiknya di telingaku. Aku membiarkannya, kerana aku juga selesa dengan pelukan hangatnya. Pelukan itu terus berlangsung lagi.
"Awak, apa yang awak nampak pada saya yang hanya nelayan biasa?" bisikku di telinganya. "Entahlah, tapi apa yang pasti, perasaan merindui tu sentiasa membelenggu biarpun saya sedang bersama awak" balasnya. Entahlah, aku pun tidak tahu, apa makna semua ini? Unik, sama dan terasa suatu kebahagiaan.
Aku cuba melepaskan pelukannya lagi. Kali ini dia membenarkannya. Matanya redup memandangku. "Eh, awak mari kita ke kebun ayahku, kita ambik buahan-buahan" cadangnya. Aku hanya menuruti sahaja. Kami sama-sama bangun dan berdiri dari pondok tadi. Dia memimpin tanganku lagi.
Beberapa ketika berjalan, kami sudahpun sampai di destinasinya. Wow, ini kebun ke taman bunga? Aku nampak kebun yang sangat tersusun, disekelilingnya ditanam pokok bunga pelbagai. Hebat gila tempat ini. Semua pokok buah di bawahnya pun di susun batu mengelilingi pokok dan rumput jenis bunga. Belum pernah aku nampak kebun secantik ini. Pohonnya semua rimbun. Buahnya senang digapai. Jalan denainya pun diletakkan batu bata yang rata. Berapa lama proses menghasilkan kebun sebegitu bisik hatiku.
"Kenapa awak diam dan hanya memandang tempat ini saja?" tanya sang gadis mengejutkan lamunan kekagumanku. "Ini kebun ke taman?" tanya ku yang masih memandang pemandangan di kebun itu. "Kebun sebegini membuatkan kami lebih bersemangat dan tidak bosan berada di sini" ujarnya sambil buat perangai membelek-belek ke muka ku. Aku tahu dia menyakatku kerana kagum dengan kebun tersebut.
"Adakah kebun orang kampung di sini juga dihias begini?" tanyaku. "Kalau nak tengok boleh juga, mereka punya jauh lebih hebat" jelasnya bangga. "Takpe la kita tengok lain kali" balasku. "Kalau awak nak tahu, semua kebun di sini dihiasi dengan pokok bunga, dan pokok bonsai yang semulajadi" tambahnya lagi.
Dia berlari anak menuju ke sebatang pokok buah dan memetik beberapa buah jambu. Dia kembali padaku dan memberikan beberapa biji padaku. "Jangan risau, awak boleh makan terus, kami di sini tidak menggunakan racun serangga" ujarnya. "Habis tu daun pokok semua ni nampak elok jer kamu semua guna apa?" tanyaku. "Awak nampak tak yang melompat-lompat tu?" tanya si dia. Aku pun memandang ke arah apa yang dikatakannya.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.