Hidungku tercium bau wangian semerbak. Ternyata si dia sudah siap mengenakan pakaian pengantinya. Wow, aku terpaku memandang dia lengkap berpakaian tenunan yang aku terpakai tadi. Sangat cantik, dan cantiknya adalah semula jadi, tiada bantuan alat solek. Perh, tergamam aku.
Suasana senja sudah mula semakin menjinggakan warna langit. Menandakan tidak lama lagi majlis akan dimulakan. Aku belum nampak lampu lagi. Ingin juga aku bertanya tentang lampu. Tapi takut mereka terasa, mungkin budaya mereka buat majlis dalam kegelapan kot?
Hari semakin gelap. Ku lihat si ayah membacakan sesuatu. Aku memang tak paham apa yang dituturkannya. Tidak lama kemudian, aku melihat cahaya kunang-kunang, sekumpulan demi sekumpulan datang menerangi tempat yang hampir gelap tadi. Kalau kat dunia manusia kunang-kunangnya hanya sebesar kepala mancis. Tapi kat sini kunang-kunangnya sebesar penumbuk tangan malah cahayanya pelbagai warna. Aku terpinga-pinga dengan betapa terangnya tempat itu dengan cahaya yang dipancarkan kunang-kunang siap warna-warni. Ingatkan kami hanya menggunakan sinaran bulan tadi.
Muzik dimulakan. Aku dan si dia dijemput duduk di pelamin. Mataku sekali sekala memandang ke arah si dia yang manis. Dia pula senyum ceria dan tersipu-sipu. "Awak, jangan lupa senyum" ujarnya padaku. Aku yang masih segan-segan pula rasanya. Jadi pula seorang pengantin dengan budaya majlis yang tidak pernah aku nampak namun aku lalui sendiri. Tapi suasananya memang mengujakan.
Bakal ayah mertua ku mengangkat kedua tangan. Semua tetamu yang ada di situ diam seketika. Dia mula mengucapkan sesuatu. "Malam ini adalah majlis pernikahan anakku dengan jejaka pilihannya, mohon semua merestui perkahwinan mereka berdua" ucap si ayah. Semua hadirin duduk melutut menyatukan kedua tangan dan menundukkan badan mereka. "Apa yang mereka buat?" bisikku pada si dia. "Itu tandanya mereka memberi restu" ujar si dia.
Selepas itu, si ayah berucap lagi. Lebih kurang seperti di dunia nyata. Menanyakan adakah aku bersedia menerimanya sebagai seorang isteri dan bersumpah setia. Perkara yang sama juga ditanyakan pada si dia. Setelah selesai ucapan, majlis diteruskan dengan makan-makan dan minuman tapai buah. Muzik di mulakan semula. Maka bermulanya juga tari-menari. Suasananya sangat meriah ditambah cahaya kunang-kunang yang berkelip-kelip.
Majlis diteruskan sehingga tengah malam. Barulah keletihan mulai terasa. Selesai majlis para tetamu berangkat pulang. Si ayah dan ibu mertuaku jelas juga keletihan. Aku dan isteriku masuk semula ke dalam rumah. Maka sah sudah aku dan si gadis menjadi suami isteri. Tapi kami masih lagi kekok dengan masing-masing.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.