Part 20: Segar

640 17 0
                                        

Fuhhh, lega lepas mandi. Badan rasa segar kembali. Aku keluar, dari bilik air hanya bertowel. Si dia melirik ke arah ku, mengenyitkan mata nakalnya. Aku senyum dan membalas balik kenyitan matanya. Kau ingat kau saja nakal. Aku pun pandai juga.

"Awak, pakaian semua ada dalam bilik sana" ujarnya padaku kemudiannya dia masuk ke bilik air. Aku pun bergegas ke bilik. Aku guna pakaian tenunan yang disediakan di situ. Selesai aku duduk di katil dalam tu. Segan pula nak keluar dengan pakaian tu. Tidak lama kemudian si dia pun masuk ke bilik yang sama dan hanya berkemban. Aku melirik ke arah lain, kononnya menghormatinya sebagai wanita.

"Hei, awak guna set yang saya punya la" ujarnya. "Hah? Apa?" secara auto pertanyaan pendek itu keluar dari bibirku. Dia gelak sakan kat aku. Adeh, patutla pelik semacam. Aduyai. "Awak nak saya tolong pakaikan ke?" tanya dia padaku. "Takpe ke?" tanyaku ringkas. "Ala, kita kan bakal suami isteri" balasnya. Tapi pipinya kemerahan. Aku rasa dia memberanikan diri juga tu. "Takpa saya pakai seluarnya dulu, awak pandang ke dinding" ujarku. Kekok juga, aku sebelum ini mana pernah dalam situasi begitu. Dia mengikut apa yang kuarahkan sementara aku menyalin pakaian.

"Orang, nak tolong degil, masih tak betul juga cara guna tu awak oi" ujarnya setelah aku selesai berpakaian. "Eleh, awak nak tolong konon, pipi tu merah pehal?" usikku. Dia diam. "Ha, awak keluarlah pakai macam tu, nanti riuh satu kampung ni gelakkan awak baru padan muka" ujarnya. "Betul awak nak tolong saya pakaikan?" tanyaku mencabar dia semula. Dia memandang wajahku. Dia buat muka berkerut pula. "Baiklah saya tolong awak, tapi..." ujarnya tapi tidak melengkapkan ayatnya. "Tapi apa, kita kan bakal suami isteri juga" balasku semakin berani. "Baiklah, saya buat, tapi awak jangan bercakap ya" ujarnya semula.

Dia pun, membantuku menyalin pakaian tersebut. Aku diam, mataku hanya memandangnya sahaja. "Awak memang cantikla" ujarku separa berbisik. "Kan dah kata diam-diam tadi" dia menunjukkan muka seriusnya. "Mana ada saya bercakap, saya berbisik sajala" bisikku mengenakan dia. "eee awak ni" balasnya dan jelas mukanya kemerahan kerana nampak dada sasaku.

"Ha, dah selesai pun" ujarnya memandangku ke atas ke bawah. "Boleh tahan tampan juga awak ye" bisiknya di telingaku. Pasti membalas usikan ku tadi. "Dah boleh bercakap ke?" usikku lagi. "Dah, pergi keluar pula, saya pula nak salin pakaian, jangan nak intai-intai ye" ujarnya. Aku pun melangkah keluar, dan buat-buat curi pandang. Dia memandangku dengan menyuakan penumbuknya sambil membuat dahi berkerutnya. Aku bagi dia kenyitan mata nakal dan aku terus keluar.

Wah, cepatnya mereka siapkan tempat majlis, tempat persandingan pun sudah disediakan. Aku jadi kekok pula tak tahu nak buat apa masa tu. Mujur ada si ayah menemani aku di situ. Kelihatan yang sudah ada di situ semua memandang ke arahku. Jadi segan la pulak.

bersambung...

Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang