Jantungku berdegup kencang. Mukanya sangat rapat. Sampai aku terpaksa menahan kedua tanganku ke belakang. Nakal juga si gadis ni. Matanya tidak berkerdip. Aku tidak nampak ciri-ciri ular padanya. Pada mataku dia jelas-sejelasnya manusia biasa. Tapi ingin juga aku tahu, macamana pula kalau dia tiba-tiba menjelma menjadi seekor ular raksaksa atau nabau seperti yang diceritakan orang kampungku. Adakah aku dapat menerima dia sebagai pasangan hidupku?
Tiba-tiba tangannya tergelincir. Dia terus berpaut padaku, sehinggakan aku terbaring dan dia tepat-tepat berada di atas badanku. Terasa jantungku laju. Dia terus menyandarkan kepalanya di dadaku. Uwau, macam insiden dalam cerita korea yang aku pernah tengok. "Lajunya detak jantung awak" ujarnya kemudian cepat-cepat dia bangun dari badanku.
"Eh awak, adakah awak akan menjelma jadi ular depan saya?" tanyaku memesongkan situasi tadi. "Kalau ikutkan, awak hanya nampak saya sebagai manusia seumur hidup" balasnya. "Macam mana dengan yang lain di kampung itu, adakah mereka akan menjelma juga?" tanyaku lagi. "Kenapa awak tanya, awak takut ya?" dia pula yang bertanya. Dia membuat muka comel pula. Mengada-ngada juga si gadis ni. Tapi dia buat aku terhibur.
"Tak tahu lagi la, sebab tak pernah nampak awak menjelma jadi ular lagi" jelasku. "kalau awak nak tahu, awak sedang berada dalam alam lain tau" ujarnya. Menimbulkan tanda tanya padaku. "Alam macam mana?" tanya ku ingin tahu. "Di alam kami, tidak serupa dengan alam manusia, kami hidup dengan cara semacam sama tapi tidak ada pencemaran semacam di alam awak" jelasnya lagi.
"Awak tak nampak sampah dibuang kat sini kan?" jelasnya dia bangga dengan alamnya. "Ye lah, sebab itulah aku hari-hari turun ke sungai, sebab aku suka benda semula jadi" balasku. "Mana ada, awak masih tangkap ikan pakai alatan pelik-pelik awak tu" balasnya mengenakan cara ku menangkap ikan. Baginya belum cukup primitif. Naya aku kalau nak pakai kaedah betul-betul semulajadi macamni.
"Jom kita balik, saya perlu tolong ibu masak" ujarnya. "Apa yang awak masak, benda pelik-pelik juga ka?" tanyaku sambil kami turun dari batu tadi itu. "Awak, awak jangan risau la, masakan kita sama jer dengan budaya awak, cuma kami tak guna logam, kami masak guna tembikar tanah liat" jelasnya lagi. Sambil itu kami berjalan kembali ke rumah kayunya tadi.
Aku bagai terlupa duniaku sendiri. Aku tak risau sebab ibu dan bapak ku tahu aku selalu juga bermalam di tepi sungai. Lagi-lagi ibuku memang tahu akan akan bermalam kat hutan. Kerana awal pagi tadi dia ada melihat aku bawa pakaian lebih, aku pasti akan bermalam. Cumanya dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikapku yang sangat degil dan sentiasa ke sungai.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.