Nak bagi tahu macam mana. Teruja tu memangla. Lagi-lagi aku telah masuk ke dunia lain. Dunia Bunian. Sesuatu yang baru dan menarik bagiku. Bagai suatu siri pengembaraan baru. Tambah lagi akan memperisterikan gadis bunian yang cantik. Eh, belum lagi la.
Sementara si gadis membantu ibunya memasak, aku melepak dengan bakal bapak mertuaku yang tampan itu. Ye la, dia nampak muda walaupun adalah bapak kepada seorang gadis. Apakah mereka kahwin diusia muda tanyaku dalam hati.
"Pakcik, kalau saya bertanya boleh?" tanyaku memulakan bicara. "Anak boleh tanya apa saja yang anak ingin tahu tentang dunia kami" balasnya mesra. "Pakcik nampak sangat muda, begitu juga dengan makcik, apa rahsia di sebalik awet muda tu pakcik?" tanya ku ingin tahu. Dia tergelak mendengar soalanku. "Kalau di sini tiada rahsia nak, pakcik telah pun berumur 219 tahun, Makcik kamu pula 178 tahun, anak gadis pakcik pula 26 tahun" jelasnya tentang umur mereka. Suatu angka yang amat mengejutkan. Apakah yang membuatkan mereka boleh panjang hayat begitu?
Aku pula berumur 27 tahun. Memang jodoh kami kot, sebaya. Dia terus menceritakan tentang hal itu. Di dunia mereka, ada yang telah hidup sampai seribu tahun lebih. Tetapi setiap pasangan hanya boleh ada seorang anak. Kalau tak penuh lah dunia mereka, tambahan umur mereka kan panjang-panjang.
Terkadang mereka melanggar pantang larang keluar dari dunia mereka, itu yang akan menyebakan mereka berakhirnya dengan kematian. Kerana dibunuh oleh pemburu. Mereka apabila di dunia manusia memang akan menjema menjadi ular dan saiznya bergantung kepada usia mereka. Semakin muda semakin besar, dan semakin tua pula mereka akan jadi lebih kecil.
Dia menyuarakan sebenarnya dia sangat risau, apabila anak gadisnya bermain keluar dari dunia mereka. Nasib baik juga aku nampak dia sebagai manusia. Kalau tak mungkin juga dia akan terkorban. Dia mengatakan aku ada keistimewaan, kerana mampu nampak anak gadis dia sebagai manusia. Aku pun tidak tahu, macamana ia boleh berlaku.
Katanya, mereka tidak dapat membunuh orang sepertiku. Kerana bisa ular tidak dapat melumpuhkan aku. Patutlah, beberapa kali kena patuk dengan ular berbisa aku masih boleh bertahan. Malah hanya demam sahaja. Aku dikatakan ada sakti ku tersendiri yang aku sendiri tidak tahu lagi tentang itu. Macam dongeng saja apa yang si ayahnya maklumkan padaku.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
