Part 38: Penawar Racun

526 17 0
                                        

Rupa-rupanya ayah sudah lama menyimpan sebuah rahsia. Tidak heran juga, aku dapat melihat jelmaan mereka dalam bentuk manusia di dunia ini. Darah yang mengalir dalam badanku adalah semi-bunian. Apapun aku adalah lebih kepada manusia. Apakah ayahku sebenarnya sama sepertiku. Patutlah ayah sentiasa menyebelahi aku soal ini semua. Aku rasa aku sudah memenangi tiga per empat situasi.

"Kenapa kau rahsiakan semuanya dari saya selama ini abahnya?" tanya ibu yang masih semacam tidak mempercayai sebuah kebenaran yang baru diketahuinya. "Ini adalah amanat yang telah atuk bagitahu supaya dirahsiakan dari semua" jelas ayah.

"Pasal tentang atuknya dulu, sebenarnya kami di alam bunian sana mengetahui tentang peristiwa itu, aku sendiri ada di sana ketika atuk mendukung gadis itu iaitu nenek kamu" ujar ayah mertua. "Sebenarnya penduduk di sana tahu itu adalah peristiwa yang tidak disengajakan, dan kami semua sudah lama memaafkan atuk" tambah ibu mertua pula. "Bagaimana kau lut dari segala racun ular?" ujar ayah pula. Ayah menyambung semula tentang ramuan penawar bisa ular.

Tetapi atuk rasa bersalah, dan tiada makna lagi dia tinggal di sana baginya kerana nenek telah meninggal. Oleh kerana cucu, moyang datang sendiri berjumpa atuk untuk meyakinkan bahawa kalau atuk ingin membawa ayah tinggal di sana. Atuk menolak. "Akhirnya moyang kamu memberi ramuan istimewa dari bunian iaitu penawar racun segala ular" jelas ayah tentang penawar racun tersebut.

Barulah aku mengerti mengapa aku cuma demam sahaja selepas dipatuk ular, sedangkan beberapa kali di patuk ular. Kemudian, racun itu keluar semasa aku kencing atau berpeluh. Patut juga, ayah tidak kisah pun aku keluar ke sungai bila-bila masa. Dia sangat yakin aku mampu berdepan dengan hal berkaitan ular.

"Kalau dunia kita tidak berbeza, saya mengakui menyukai menantu perempuan saya itu sebenarnya" akhirnya ibu bersuara. "Awal tadi saya sangat tertekan memikirkan perbezaan dua dunia ini, sebab itulah diri ini amat dingin, sebabnya kami sangat sayang pada anak kami" ujar ibu lagi. "Dari awal mendapat mimpi yang sama saya dan abahnya sebenar sudah menyukai layanan kamu semua" tambah ibu lagi. "Dia hanya satu-satunya anak yang kami ada, lebih lagi saya ibunya memang tidak mahu kehilangannya" ibu meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya.

Jelaslah ibu sebenarnya masih ragu-ragu dengan hubungan dua dunia ini. Dan sekarang dia sudah menyedari bahawa itu semua adalah takdir kami. Bersatu biarpun berbeza dunia. Apakah ibu benar-benar akan merestui hubungan kami?

bersambung...

Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang