Memang seakan-akan takdirku, aku bakal menempuhi hidup sebagai warga yang primitif tapi menyihatkan. Amalan kehidupan semulajadi. Jauh dari segala permodenan. Sudah pasti ia suatu kehidupan yang mencabar nanti.
"Ayah, boleh saya bawa dia keluar berjalan melihat sekitar?" pinta sang gadis manis pada orang tuanya yang sangat nampak muda. Sehinggakan aku menyangka ayahnya tadi adalah abangnya. "Bawalah nak, biar dia menyesuaikan diri dengan tempat kita" balas ayahnya. Aku pun mengikut langkah kaki si gadis.
kami berdua berjalan di sekitar kampung itu, tiada seorang pun di kampung itu kelihatan tua. Semuanya muda-muda belaka. Cuma kanak-kanak jer nampak macam kanak-kanak la. Apabila berselisih, mereka mengangguk dan tersenyum. Budaya yang sangat disenangi. Penampilan mereka menggunakan pakaian tenunan, dan menggunakan kain batik yang juga tenunan.
Si gadis membawa aku ke kawasan air terjun berbatu. Sangat indah tempatnya. Ada bungaan sana sini. Tempat itu sememangnya membuat aku kagum dari tadi. Hasil kerja seninya, tanamannya, ukirannya, pakaiannya, semua kelihatan menarik dan kemas.
Kami duduk di atas batu yang besar. "Awak, awak tak menyesal ka memilih saya sebagai teman hidup?" tanya si gadis. "Setakat ini, tiada penyesalan lagi, makin teruja nak menikahi awak ada la" balasku. Dia tersenyum lagi. Rambutnya hitam pekat, alis mata nya jelas dan menarik, macam lihat perempuan korea yang sudah membuat pembedahan. Sangat cantik. Sesiapa pun nampak pasti tergoda dengannya."Awak pula, kenapa boleh jatuh hati dengan saya juga?" tanya ku ingin tahu. "Sebabnya pandangan mata awak terhadap saya" balasnya. "Pandangan yang macam mana?" tanyaku lagi. "Tak tahu lah nak jelas macam mana, tapi lepas lihat awak saya terus jatuh hati dan sukakan awak" jelasnya lagi. Kami pun tidak tahu macam mana kami boleh sangkut dengan masing-masing. Bak kata orang, cinta itu memang buta.
"Lagipun hanya awak jer lihat saya sebagai manusia, orang lain akan lihat sebagai ular" ujarnya. kemudiannya si gadis merapatkan mukanya kepadaku. Membuatkan aku tidak bergerak. Dia menatap mataku dekat-dekat. "Kenapa ni?" tanyaku. "Diam jap, nak tengok mata awak, macamana awak boleh nampak saya sebagai manusia" ujarnya. Macam-macam perangai gadis ni.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.