Bunyi suara semakin dekat. Dan nampak jelas siapa mereka. Aku mematikan langkahku. Jelas mereka adalah isteriku, ibu dan ayah mertuaku dari dunia bunian. Aku sangat risau ibu dan ayahku melihat mereka sebagai ular. Aku tidak dapat berbuat apa-apa?
"Kenapa berhenti nak?" tanya ibu. Aku diam tidak berani bersuara. "Siapa mereka?" tanya ibuku lagi dan jelas dia sudah tahu ada orang di depanku. Aku tidak pasti ibuku nampak mereka sebagai apa? Ibuku pulak menolak badanku sedikit ke tepi untuk melihat siapa di depan ku. Mereka bertiga juga turut berhenti, berjarak lebih kurang 10 depa.
"Jangan risau nak, mereka akan nampak kami seperti anak nampak kami" ujar ayah mertuaku seperti tahu kerisauanku. Barulah aku menarik nafas lega walupun masih ragu-ragu. Isteriku pulak terus berlari ke arahku dan terus memeluk aku. Situasi itu membuatkan kedua-dua orang tuaku terpinga-pinga. "Kenapa datang ke sini?" bisikku ditelinga isteriku. "Nanti kita cerita, bagi saya melepaskan kerinduan pada awak" bisik isteriku.
"Salam sejahtera besan" ucap ayah mertuaku berjalan merapati kami semua. Ibu dan ayahku masih diam terkedu. Sementara ibu mertuaku menunjukkan diri dan berdiri tegak semula memberikan senyuman.
"Selamat datang ke dunia kami" ayahku bersuara. "Kami sebenarnya datang ada hajat" ujar ayah mertua. "Kalau macam tu, kita patah balik ke rumah dulu kita bersembang di sana" pelawa ayah. "Kau jangan buat pasal, tak elok biarkan tetamu macam tu je" bisik ayah kepada ibu. Ibu hanya mengangguk. Dan kami semua berpatah balik ke rumah orang tua ku.
Isteri dan aku memilih jadi orang paling di belakang. Mereka berempat mendahului kami berdua. Sengaja, kerana ingin melepaskan kerinduan pada masing-masing. Isteriku kelihatan sangat ceria. "Saya rindu sangat pada awak tau?" ujarnya melepaskan pelukan. Dan di sini aku pula memimpin tangannya. "Saya pun rindu awak juga" balasku memberikan senyuman padanya.
Hatiku kembali berdebar. Segala kemungkinan terbayang di kepala ku memikirkan apakah yang akan berlaku di rumah nanti. Apakah respon ibu dan ayah terhadap mereka? Aku kembali kerisauan.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
