Suasana diterangi kunang-kunang sememangnya sangat indah. Tambahan pelbagai warnanya. Macam lampu kedai di tepi jalan. Dalam rumah itu juga diterangi sama.
Aku berehat seketika di ruang tamu. Ayah mertuaku juga ada di situ. "Sekarang anak saya adalah milik anak sudah, ayah menyerahkan tanggungjawab kepada anak menjaganya" ujar ayah mertuaku memulakan bicara. "Saya berjanji saya akan menjaga dia sepenuh jiwa raga dan seadanya pak" balasku. Isteriku dan ibunya menyertai kami berdua di ruang tamu itu bersama minuman dan beberapa hidangan.
Aku teringat ibu dan bapak ku di kampung halaman. Aku tiba-tiba merindui mereka. Dalam majlis tadi aku sememangnya merasakan sesuatu yang tidak lengkap kerana tiada kehadiran mereka. Lagipun itu adalah majlis perkahwinanku. Tapi apakan daya, aku tahu ada perbatasan yang terpaksa kami lalui.
"Ayah tahu, anak pasti rasa serba salah, majlis tadi tanpa kehadiran orang tua" ujar ayah mertuaku seakan-akan dia membaca mindaku. Orang tua sepertinya sudah tentu banyak pengalamannya. "Jika anak ingin balik ke dunia asal esok, ayah benarkan, tapi isterimu tidak boleh bersama, sebab mereka hanya nampak dia sebagai ular di dunia sana" jelas ayah mertuaku lagi. Aku mengangguk faham.
"Ayah akan bagi hadiah buat orang tuamu, awal pagi esok isterimu akan menemani sehingga ke sungai" tambah si ayah. "Saya risau mereka mencari saya nanti pak" ujarku meluahkan kerisauan. "Sudah takdir kamu berdua, segala kesukaran dan batasan kena terima juga, ayah dan ibu merestui hubungan kamu berdua seadaanya" jelas orang tuanya menerima hubungan kami seadannya.
"Ini buat ibu kamu nak" ibu mertuaku menyerahkan kain tenun kepadaku untuk dihadiahkan kepada ibuku. "Terima kasih mak" balasku berserta senyuman. Apapun, aku perlu merahsiakan segalanya juga termasuk juga perkahwinanku. Ibu dan ayah mertuaku sangat baik terhadapku. Aku dilayan sebaiknya seperti anak mereka sendiri. Terkadang tu aku agak kekok memanggil mereka mak atau pak, sebabnya mereka dilihat seperti sebaya aku, wahal umur sudah cecah ratusan tahun.
Selesai minum, kedua mertuaku minta diri untuk tidur. Aku memandang isteriku dengan senyuman nakal. Tiba masanya aku menjadi suami sebenar-benarnya. Dia mengemas cawan tadi dan bergerak ke dapur. Aku mengekorinya. Aku menemaninya sehingga dia selesai mencuci cawan-cawan tadi.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
