Part 39: Restu

543 15 0
                                        

Jam pula tidak berasa sudah menghampiri tengah malam. Isteriku sekali lagi ku temani ke dapur untuk menyediakan minuman teh buat minum malam. Kami meminta izin ke dapur. Orang tua kami hanya mengangguk. Dan mereka terus bersembang lagi.

Sesampai di ruang dapur, aku terus memeluk isteriku dari belakang. Dia hanya membiarkan sahaja. Di sentuhnya lembut lenganku yang merangkul dia dari belakang. "Awak rindu saya ya?" tanya dia padaku. "Sangat sangat sangat rindu" balasku. Dia ketawa kecil. Dan aku tahu dia bahagia.

Isteriku menghidangkan teh buat semua. Kami semua kembali bersembang. "Jap, ada hadiah saya bawa untuk besan" ujar ayah mertua pastas bangun dan mengambil suatu bungkusan kecil dari beg kulitnya. Dia menyerahkan kepada ayahku. Kelihatan sebentuk cincin berwarna biru, permata nilam dihadiahkannya. Ayah kelihatan gembira.

Dalam masa yang sama, ibu mertua juga mengambil suatu bungkusan, sekali lagi ibu dapat hadiah kain tenunan. "Terima kasih besan, kami ini tiada apa yang boleh diberikan" ujar ibuku. Istilah besan itu tidak pernah dia sebut dari mula lagi. Tetapi dia menggunakannya. Petanda ibuku sudah menerima secara berperingkat.

Walaupun hidup miskin. Aku kenal orang tua ku bukanlah jenis mata duitan. Kami tetap hidup gembira sebelum ini dengan cara kami. Pemberian mereka itu amat bermakna. Aku sebenarnya bersyukur menjadi anak kepada ayah dan ibuku.

"Mulai hari ini, kita adalah besan selamanya, tapi apa yang berlaku malam ini perlu dirahsiakan dari mana-mana orang kampung" ujar ayah mertua ku. "Maafkan kami juga, sebab majlisnya dilangsungkan tanpa kamu berdua" ujar ibu mertua pula. "Tidak mengapa, asalkan kamu telah memberi layanan yang sangat baik buat anak kami" balas ayah. "Kami juga minta maaf ke atas segala kekurangan sepanjang besan datang tadi" ucap ibuku.

Selesai minum malam itu, mertuaku minta mohon diri. Cuma mereka meninggalkan isteriku bersamaku. Cuma dua hari sahaja kerana risau dia habis ramuan jelmaan. 

bersambung...

Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang