Ayah setahu aku dia memang bersikap ramah dan dia lebih profesional dari ibu. Lebih bertoleransi. Aku tahu walaupun ayah tidak setuju, dia tidak akan menunjukkan emosinya. Lelaki, selalunya memang macam tu. Ibu pula, senang beremosi, tapi aku tahu ibu sangat menyayangi kami sekeluarga. Sebab itulah kita tengok seorang ibu memang selalunya kaki bebel dan mudah mengalir air mata.
"Kami ni datang dengan hajat seperti yang dikatakan tadi" ujar ayah mertua mula membuka topik utama. "Kalau nak bawa anak saya jadi orang sana, saya tidak setuju" ibuku menjawab dengan pantas sedangkan dari tadi dia diam. Jawapan ibu bagaikan 'Check mate!' bagiku. Memusnahkan segala perasaan dan impianku dengan isteriku. Aduh mak, kejamnya mak.
"Kau ni, kalau ya pun, dengarlah dulu" ujar ayah cuba menenangkan keadaan. Air mata isteriku sudah tidak mampu dia sembunyikan lagi. Terus mengalir membasahi pipinya. Aku pula jadi mati kutu. Terkedu tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain merapatkan kepala isteriku ke bahuku.
"Kami sangat paham perasaan besan, kami memang sudah menjangkakan besan tidak akan bersetuju dengan semua ini" jelas ayah mertuaku. "Kami sudah menghalang anak kami dari awal lagi setelah dia menceritakan dia bertemu dengan anak kamu" tambah ibu mertua lembut. "Kami tahu, hubungan dua dunia yang berbeza ini adalah suatu yang hampir mustahil berlaku" tambah ayah mertua. "Bukan menyokong tindakan mereka berdua, tetapi kasih, sayang dan cinta mereka adalah suci" ucap ayah mertua lagi.
"Kami sebagai ibu dan ayahnya bukan tidak pernah menghalang anak kami, tetapi jalinan antara mereka adalah cinta yang sejati, dan tiada siapa yang mampu menghalang ia berlaku" jelas ayah mertua panjang lebar. "Sehinggakan kami menipu mereka berdua, bahawa mereka tidak akan mendapat zuriat" tambah ibu mertua.
"Jadi kami ke sini bukan untuk memutuskan hubungan tetapi mohon restu dari kamu berdua" jelas ayah mertua. Aku melihat air mata ibuku mula menitis. Namun dia masih diam. Aku tidak dapat meramal apa yang berada di minda ibuku. Ayah juga diam belum berani bersuara. Aku sedar ia suatu keputusan yang bukan perkara yang senang untuk diputuskan.
Suasana menjadi bisu semula. Semua senyap. Kedengaran hanya tangisan isteriku yang menyandarkan kepalanya pada bahuku. Mata semuanya terkebil-kebil tanpa suara.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
