Part 26: Mimpi

498 13 0
                                    

Aku lihat ayahku sedang duduk tepi tiang membaikpulih jalanya yang terikat dari puncak tiang. Ibuku pula tengah mengayam tikar. "Banyak udang kau dapat? semalaman tidak balik" tanya ibuku. Aku tidak menjawab pertanyaannya, aku ingin melihat reaksi mereka dulu. "Seronok mengail ke malam tadi?" tanya ayahku pula. Aku syak mereka sudah bercerita pasal mimpi sesama mereka pasal mimpi tu.

Tiba-tiba ku lihat airmata ibuku mengalir membasahi pipinya. Ayahku pula diam. Aku bergegas menutup semua pintu dan tingkap agar jiran tidak melihat drama yang akan berlaku.

"Nak, ibu dan abah dapat mimpi yang sama malam tadi" ayah ku mula bersuara. "Kami bermimpi seorang pemuda dan isterinya berjumpa kami bahawa kamu sudah bernikah dengan anaknya" jelas ibuku pula. Aku perlu bersedia menghadapi dan menjelaskan semuanya pada mereka. Aduh, tapi bagaimana harusku jelaskan?

Aku perlu menunggu mereka berdua benar-benar bersedia. "Dalam mimpi itu, mereka mengatakan mereka akan menjaga kamu dengan baik" ujar ibu ku lagi. "Memang pelik, mimpi abah dengan ibu memang sama" tambah ayahku lagi. "Adakah mak dan abah menyukai mereka?" tanyaku ingin tahu penerimaan ataupun penolakan. "Mereka nampak sangat baik, tapi mereka pasti bukan orang dari dunia kita" balas ayahku. "Dalam mimpi itu isterinya menghadiahkan ibu dengan kain tenun dan sebatang seruling pusaka kepada abah kamu" ujar ibuku.

Aku membuka segala bungkusanku yang ku bawa. Aku tunjukkan pada ibuku kain tenun yang dihadiahkan ibu mertuaku dan menyerahkan sebongkah kotak kayu pada ayahku. Ibuku memegang kain tenun tersebut dan dibukanya. "Abahnya, sama seperti di dalam mimpi kita" ujar ibuku. "Ini pun seruling kayu berlian sama seperti dalam mimpi kita" balas ayahku. Jelas riak wajah mereka terkejut dengan hadiah yang sama seperti di dalam mimpi mereka berdua. Tapi apakah mereka menerima hakikat perkahwinanku dengan orang Bunian?

"Pagi tadi abah dan ibu berbincang, tertanya-tanya tentang mimpi itu" ujar ibuku. "Apa sebenarnya berlaku malam tadi nak? Dari mana kamu dapat semua ini?" tanya ayahku. "Adakah kamu mencuri hak orang nak?" tanya ibuku. Aku belum dapat menyusun kata-kataku lagi untuk menjelaskan kepada mereka berdua.

"Ibu, abah, jangan terkejut jika saya menceritakannya" ujarku sudah mula bersedia menjelaskan segalanya. "Kejap, mak bancuh kopi dulu, jangan cakap apa-apa lagi" ujar ibuku. Jelas dia ingin mendengar apa yang berlaku semalam.

bersambung...

Isteriku Siluman UlarWhere stories live. Discover now