Selesai makan kesemuanya kembali kepada posisi masing-masing tadi. Ayahku leka menghembuskan rokok tembakau jawanya. yang lainnya seperti menunggu suatu topik baru yang akan diutarakan. Isteriku sudah kembali ceria. Macam biasa sentiasa manis dipandang.
Selepas membuang puntung rokok tembakau jawanya, ayah memulakan topik. "Atuk dia ni pernah tembus ke alam bunian juga suatu ketika dulu" ujar ayah. Jelas topik itu menarik perhatian semua. Aku juga tertarik, kerana ayah jarang sangat bercerita tentang pengembaraan atuk dulu. Ayah meneruskan ceritanya setelah dia melihat semua memberi fokus padanya. Kami semua terus memasang telinga.
Atuk sebelah ayahku dengan sebelah ibuku dulu adalah dua sahabat baik. Mereka selalu pergi berburu bersama. Dijadikan kisah, kisah atuk ku hampir menyerupai nasibku.
Atuk sebelah ayahku terhidu bau wangian semerbak semasa dia berburu seorang di hutan. Kemudiannya dia nampak ada sesuatu bergerak difikirkannya adalah binatang buruannya.
Dia menyumpit, sesuatu yang nampak bergerak di dalam semak itu. Selepas itu dia mendengar yang disumpitnya menangis. Dia segera melihatnya dan dia nampak seorang gadis berkemban sedang menangis kesakitan terkena sumpitannya. Aduh aku tersumpit manusia dengan damak beracun bisiknya dalam hati. Dia harus segera menghantarnya pulang untuk dirawat.
Rasa bersalah dengan kejadian itu, atuk terus bertanya pada gadis tersebut tempat tinggalnya dengan niat menghantarnya kembali ke rumah perempuan tersebut. Oleh kerana, badan gadis itu lemah, atu terpaksa mendukungnya dan mengikut jalan yang dimaklumkan gadis tersebut. Dengan tergesa-gesa atuk terus berlari demi menyelamatkan gadis itu.
Sampai di kampung gadis itu, semua yang ada di situ terkejut melihat atuk sedang mendukung gadis tersebut. Atuk menjelaskan, dia tersumpit kerana ingatkan dia adalah binatang buruan. Atuk rasa bersalah, dia nak berada di kampung itu sehingga gadis itu sembuh. Kerana ingin minta maaf sendiri padanya. Pada akhirnya atuk saling jatuh hati dengan gadis tadi. Kesungguhan atuk menunjukkan sifat belas kasihannya mengagumkan orang kampung di situ. Makanya atuk di terima masyarakat di situ.
Namun, atuk tidak tahu, tempat tersebut adalah perkampungan bunian. Lama-kelamaan, sang gadis menceritakan perkara sebenar pada atuk mereka adalah siluman ular. Siluman ular apabila cedera akan menjadi jelmaan manusia, kerana dia tidak mampu mengawal tenaga dalamannya. Atuk tidak memperdulikannya atuk terus mencintai gadis itu sehingga mereka berkahwin. Dan hasil perkahwinan mereka adalah ayah.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
