Jelas aku memang menantikan syarat yang ditetapkan mereka. Aku berharap syarat itu tidak menyuruhku mengorbankan sesiapa. Aku juga berharap mereka tidak minta benda yang bukan-bukan.
Ayahnya mulai menceritakan syaratnya padaku. Di antara syaratnya, pernikahan akan hanya diaturkan di tempat mereka. Aku hanya boleh menjenguk orang tuaku pada masa tertentu sahaja. Aku juga perlu menetap bersama mereka. Mengamalkan budaya dan cara hidup mereka.
Fuhh, lega bila mendengar syaratnya. Ingatkan mesti pertumpahan darah bagai. Walaupun aku sudah tahu siapa mereka sebenarnya, namun aku tidak sedikit pun berasa kekok. Mungkin kerana layanan yang cukup baik daripada mereka.
"Satu lagi nak ingatkan pada anak, kamu berdua sememangnya tidak boleh melahirkan zuriat" ujar bakal ayah mertuaku. Perkara ini memang sedikit menggangguku. Siapa yang tidak pernah inginkan anak? Tapi aku sedar bahawa pasanganku bukan manusia biasa. Aku akhirnya mengangguk tanda paham.
"Mungkin anak akan rasa kekok dengan cara hidup kami awalnya, tapi cara hidup kami tidak jauh beza dengan kehidupan manusia" ujar ayahnya lagi. "Saya faham pakcik, tiada telivisyen, tiada radio tiada bekalan elektrik kan?" ucapku spontan. "Kami lebih suka hidup dengan cara yang lebih semula jadi, bercucuk tanam, memburu di hutan" tambah si ayah lagi. "kalau begitu, on pakcik, saya nohal punya" balasku teruja dengan cara hidup primitif yang lebih mencabar. "Apa benda 'on' tu nak?" tanya si ayah.
Oh ya saya terbawa dengan bahasa kampung pulak. "'on' tu sama dengan setujula pakcik" jelasku. "ooo begitu" balasnya ringkas. "Jemput makan nak, mungkin rasanya tidak sama, tapi inilah cara kami" si ibunya menjemput untuk makan hidangan yang disediakan. Aku mengapai ubi keledek rebus tersebut. Ala, rasanya sama jer dengan yang ibu ku pernah masak.
"Anak kalau sudi jadi tetamu dan bermalam di sini malam ni" tawar si ayah dan menghadiahkan senyuman. Ibu dan ayahnya sama cantik dan tampan. Mereka ni awet muda kerana cara hidupnya mungkin, lebih bersifat semulajadi.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomansaKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
