Hari sudahpun senja. Ibuku sudah tidak sabar. Ayahku pun sudah bersedia. Dipinggangnya, diselitkan parang yang panjang bersama sarungnya dan dikepalanya diikat kain merah. Ayah menggunakan set lengkap seperti seorang pahlawan. Situasi itu sangat merisaukan aku. Aku tidak mahu pertumpahan darah atau sebarang perkara tidak diingini berlaku.
"Kenapa abah guna semua ni?" tanyaku. "Kalau-kalau lain jadinya nak, jangan risau abah tahu apa yang abah buat" balas ayahku. Ibuku pula siap dengan pakaian tradisionalnya. Serius, aku jadi takut biarpun aku sudah dewasa dan berumur 27 tahun.
"Mari kita bertolak sekarang" ajak ayah. Aku dalam keterpaksaan menuruti kehendak orang tuaku. Dalam kepalaku, sedang mencari helah melengah-lengahkan mereka. Tapi aku benar-benar buntu. Dalam situasi tersebut aku tidak mempunyai sebarang idea. Aku turut melangkah keluar dari rumah itu. Penglihatan waktu senja itu masih jelas.
Aku diarahkan ibu berjalan di depan. Itu sahaja peluang aku memperlahankan waktu. "Jalan cepat sikit" kerah ibu. Aku seperti tidak bermaya melangkah, bukan kerana tiada tenaga, tetapi disebabkan kerisauan. Kerana di dadaku cukup penuh debaran. "Ingat maknya, jangan buat hal di sana nanti" tegas ayah. "Jangan risau, tau mak jaga adab" balas ibu.
Aku tidak tahu apa yang bermain dalam minda ayah dan ibuku. Apa yang pasti mereka tidak bersetuju. Aku akhirnya berserah, dengan apa saja yang bakal terjadi. Dilema.
Tiba-tiba aku seperti bersemangat lain macam. Mungkin kerana dalam hatiku sudah menyerah kepada sebarang kemungkinan walaupun jiwaku masih dipenuhi kerisauan.
Dalam asyik meniti jalan denai itu, kami bertiga mendengar ada suara sedang bercakap menuju ke arah bertentangan dengan kami. Mungkin orang kampung balik dari menangkap ikan. Kerana jalan tersebut menuju ke sungai. Kami bertiga sama senyap. Semakin lama suara itu semakin jelas kedengaran. Cuma kami tidak pasti apa yang disembangkan.
bersambung...
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
Любовные романыKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.