Part 10: Kagum

800 26 0
                                        

Tempat ini jauh berbeza dengan tempat yang aku biasa lihat. Pintu gerbangnya dihiasi dengan batu yang diukir dengan ukiran ular. Memang sangat menarik dan kelihatan seninya bermutu tinggi. Biarpun begitu, gaya hidup di situ nak kata primitif tak juga, tapi gayanya agak nampak ketinggalan. Kerana aku tidak lihat tiang elektrik dan antena telivisyen pun kat situ. Semuanya adalah semulajadi. Begitulah gambaran awal ku terhadap tempat tersebut.

Dia terus memimpin tangan ku sehingga sampai ke sebuah rumah kayu. Di dalamnya, semua hiasan kayu. Tiada satupun, yang dipasang menggunakan paku. Hampir semua, seni hiasannya bercorak ular. Memang aku kagum dengan tempat itu.

"Kita sudah sampai di rumah orang tuaku" ujar si gadis. kelihatan ada seorang kakak, dan seorang lagi mungkin abangnya menyambut kehadiranku. Aku dipelawa duduk. "Kejap nak, makcik bancuhkan air" ujarnya. Aik? dia membahasakan aku anak? "Anak pakcik sudah ceritakan tetang anak semalam" ujar abangnya. Aik? Dia ni pun membahasakan aku anak juga. "Ini ayah, yang tadi ibu saya" ujar si gadis. Wow mudanya. Aku hanya mengangguk sahaja. Maklumlah, baru sampai tempat orang kena jaga adab dan tertib. Kemudian si gadis menyertai ibunya di dapur.

"Apa benar anak ini berkenan pada anak gadis pakcik?" ujar si ayahnya. "Ya pakcik, saya jatuh hati pandang pertama dengan anak pakcik" ujarku. "Tapi, banyak yang anak perlu korbankan jika anak ingin memperisterikan anak pakcik" ujarnya. Aduh, part ini aku payah ni, apa benda yang perluku korbankan. Hatiku tertanya-tanya. Mahu atau tidak aku kena tahu.

Dari cara layanan, aku sangat selesa dengan perbicaraan si ayah. penuh kelembutan. Memang benar seperti kata si gadis awal tadi. Ayahnya tidak garang tapi tegas. Tegas dengan syaratnya kot.

"Apa anak tahu siapa kami sebenarnya?" ujarnya lagi. Aku cuma menggelengkan kepala tanda tidak tahu. "Baiklah, pasal ini nanti pakcik maklumkan ya" tambahnya lembut. "Anak pakcik juga mengaku dia sudah berkenan sangat dengan anak ini, dia mengatakan dia benar-benar cintakan anak" tambahnya lagi menjelaskan betapa si gadis juga seperti aku sudah tertambat hati.

Dalam pada itu, si ibu dan si gadis datang bersama hidangan dan minuman. Cawannya adalah diperbuat daripada buluh, dan diukir kemas bercorak ular juga. Jugnya pulak adalah kayu berlian berukir bunga-bungaan. Pakaian mereka pula adalah kain tenunan. Sangat halus biarpun dilihat dengan mata kasar. 

bersambung...

Isteriku Siluman UlarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang