Setelah kami mengakui menyukai masing-masing. Kami menjadi lebih mesra. Aku sangat girang dan teramat gembira, kerana perasaan ku tidak bertepuk sebelah tangan. Siapa tidak gembira lebih-lebih lagi orang yang dicintai itu adalah amat sempurna di mata masing-masing.
Tengahari itu, kami makan ikan bakar bersama. Dia kelihatan sangat gembira. Di bibirnya senantiasa terukir senyuman manis. Aku tidak tahu membayangkan betapa indahnya saat itu. Cuma aku agak kecewa sedikit pabila dia meluahkan hubungan itu perlu dirahsiakan dulu. Dia minta supaya aku jangan pernah bagi tahu pada sesiapapun tentang perkenalan dan perhubungan itu.
"Awak, perlu janji dulu dengan saya" ujarnya. "Apa dia yang perlu saya janji?" tanyaku. "Awak jangan pernah bagi tau orang atau sapa saja pasal saya dan hal kita ini" ujarnya. "La, aku baru terfikir nak bagitau keluargaku, nak meminang awak" ujarku. "Ya, saya sangat sukakan awak, tapi semua orang kampung awak tidak boleh tahu pasal kampung kami" ujarnya lagi menambah rasa keliru di mindaku.
"Kenapa? Orang kampung kita bermusuhan ka?" tanyaku. "Bukan macam tu, dunia kita sebenarnya berbeza, kaumku adalah..." belum sempat dia menghabiskan ceritanya. Tiba-tiba ada orang datang berkayuh dari hulu. Aku lihat orang kampungku. Apabila dia nampak aku. Dia segera memutarkan sampannya semula ke hulu. Dia mengayuh sekuat hatinya. Aku menjerit-jerit memanggilnya. Namun, dia tidak menghiraukanku. Reaksinya seperti orang nampak hantu. Aku abaikanlah.
Aku kembali bersembang dengan si dia. "Ya, apa awak nak cakap tadi?" tanyaku. Aku nampak memek mukanya kelihatan sedih. "Awak tolong janji jangan pernah bagitau pasal kita ya" ujarnya lembut. "Baik saya janji" balasku. "kalau awak benar-benar suka dan sayangkan saya, awak kena ingat janji tu" ujarnya lagi. Memang aku merasa pelik. Adakah kampung kami ini bermusuhan? Dah dapat yang ideal di hati, ada pula sesuatu yang semacam menghalang juga.
"Kita jumpa lagi esok, dah lewat ni, nanti ibu ku mencari pula" ujarnya. Aku pun tidak perasan matahari sudahpun condong ke barat. "Baiklah, kita jumpa di sini esok, mungkin aku akan bermalam di sini la esok" balasku. "Awak kena-hati tau, ingat pesan ku, jangan ceritakan pada sapa-sapa" tegasnya. Dia pun melangkah kembali ke kawasan rumahnya. Sesekali dia memandang ke arahku, dia memberikan aku senyuman berserta lambaiannya.
Aku menyambung aktiviti bertaut ku. Memandangkan hari pun dah nampak lewat. Aku mengutip semua tautku. Dan aku berangkat pulang. Dalam perjalanan balik, aku bersiul-siul kegembiraan. Namun, sekali sekala minda ku sedikit terganggu mengapa dia tidak membenarkan orang lain tahu tentang hubungan kami. Adakah dia isteri orang yang curang? Tapi dia mengatakan diri belum berpunya. Apakah kampung kami bermusuhan? Atau siapakah dia sebenarnya?
bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/230266493-288-k250294.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular
Lãng mạnKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.