Aku terus mengagumi seni yang ada di rumah itu. Semua hiasan, ukirannya sangat bermutu tinggi. Ukiran yang sangat teliti, seakan-akan timbul dan hidup. Kaya juga mereka ni, bisik hatiku. Aku sangkakan ia adalah rumah biasa-biasa. Semakin ku amati, lantainya juga ada ukiran tersendiri
"Jemput minum nak" ujar si ibu lembut. Tidak hairanlah, si gadis juga lembut tutur bicaranya, ayah dan ibunya menuturkan bahasa yang sangat sopan dan lembut. Aku mengapai cawan, dan minum, airnya sangat enak, cuma ia adalah suatu yang tidak pernah aku minum. Aku mulai berasa suatu yang pelik. Dalam hatiku, sudah memikirkan, apakah mereka ini manusia? Atau makhluk lain. Tapi jelas pula, rupa mereka adalah sebiji macam manusia biasa.
"Baik nak, biar pakcik berterus terang dengan anak" ujar si ayah. "Ya pakcik saya bersedia mendengarnya" balas ku sopan. Aku sudah nekad hadapi segalanya. Apapun sekali mereka siapa? Aku nekad untuk menikahi anak gadisnya, asalkan syaratnya ku mampu atasi.
"Kami sebenarnya adalah golongan bunian" ujar si ayah. Dah agak dah mereka bukan manusia bisik hatiku. Tapi peliknya aku tidak merasa takut pun setelah diberitahu begitu. "Bangsa kami pula adalah siluman ular" tambah ibunya. Si gadis berubah airmuka bila orang tuanya menjelaskan segalanya. Airmatanya berguguran. "Awak sudah tahu siapa kami, saya rasa tidak mungkin awak akan menerima hakikat ini" ujar si gadis bersama airmatanya.
"Awak, saya tetap sayangkan awak, sebab awak adalah makhluk pertama yang saya cintai" ujarku menekadkan diri. Tapi kalau dia menjelma jadi ular, boleh pengsan aku nanti. "Awak tahu, orang biasa nampak kami sebagai ular, tapi mata awak melihat kami sebagai manusia" ujar si gadis. "Ya nak, memang yang terpilih sahaja yang berkebolehan seperti kamu" ujar si ayah menambah lagi. Aku terus teringat orang kampung ku melihat aku dibelit ular. Memang benarlah apa yang dilihatnya.
"Awak benar-benar masih sayang pada saya?" tanya si gadis yang masih menitiskan air matanya. "Awak, jika takdirnya saya sudah memperisterikan awak, awak tetap saya cintai" balasku meyakinkan sang gadis. Dia mengesat airmatanya, dan kembali tersenyum manis. "Awak membuat saya terharu" ujarnya lembut dan wajahnya kembali ceria.
"Nampaknya, kamu berdua sudah saling benar-benar mencintai masing-masing" ujar si ayah. "Kami tidak dapat menghalang keinginan kamu berdua, cuma anak perlu mengikut budaya hidup kami" ujar si ibu pula. "Baik pakcik, makcik" balasku pula. Si gadis tampak sangat gembira. Dia tersenyum malu. "Jika anak benar-benar ingin memperisterikan anak pakcik, pakcik akan mula memaklumkan syaratnya" ujar si ayah.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
RomanceKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
