Aku bagaikan terpukau melihat kecantikan sang gadis. Tidak berkerdip kelopak mataku. Rasanya ingin juga berkenalan dengan siapa orangnya. Senyumannya cukup menawan. Senang dengan senyumannya aku mula bertindak menyapa.
"Mandi ka?" tanya ku ringkas. Tiada idea menyusun kata-kata kerana aku jelas terpukau dengan kecantikan paras mukanya yang tidak habis-habis membuahkan senyuman. " A a tengah mandi la, takkan tengah memasak" balasnya mesra sambil dia ketawa lembut. Aku juga turut ketawa dengan lawak mesranya itu.
"Nak tanya boleh?" tanyaku lagi. "Tanyalah" balasnya lembut. "Awak orang kampung mana?" tanyaku lagi. "Kat situ jer" balasnya sambil menunjuk ke arah sebuah kawasan di tebing sungai itu. Aku pun cuba melihat arah yang ditunjukkanya. Jelas kat situ nampak ada beberapa buah rumah. Pelik juga, selama ini aku lalu kawasan ini tak pernah perasan pun di sebalik hutan tepi sungai itu ada sebuah kampung. Mungkin juga kerana aku hanya bermain di sungai sahaja selama ni kot, sehingga tidak perasan kewujudan perkampungan di situ.
"Awak menangkap ikan ka?" tanya si manis itu. "Awak nampak saya tengah memasak juga ka?" aku balas balik perlian dia tadi. Dia ketawa halus. Terusik dengan sakatanku. "Aku menahan taut je, cari rezeki" ujarku risau dia ambil hati dengan usikan tadi. "Ada dapat ikan ka?" tanya dia lagi. "Belum mula lagi tahan taut, mana dapat ikan lagi" balasku pula.
Aku jadi lupa tujuan ku ke sungai. Aku leka menatap wajah ayu dan manis itu. Leka bersembang dengannya. Nak kata dia tercantik di dunia ni, tak la juga. Dia nampak seperti gadis-gadis lain juga. Cuma jenis wajahnya tidak jemu dipandang. Aduh, apakah ini cinta pandang pertama. Bodoh, macamlah dia suka kat aku. Aku sangat selesa dengan cara percakapannya. Biarpun begitu aku tak bolehla perasan.
Dia berendam dalam sungai, muka dan sehingga paras dadanya yang aku jelas nampak. Bongok juga korang ni, aku tak nampak la buah dada dia. Dia berkemban. Walaupun aku terpikat dengannya takla sampai tahap tu nak tengok. Tapi aku ni kan lelaki, teruja juga la bersembang dengannya tambahan lagi dia seorang yang cantik.
"Saya minta diri dulu, sudah lama saya mandi di sini tadi" ujarnya minta diri. "Ohya, saya pun nak menahan taut" balasku teringat tujuan asalku. "Saya memang selalu mandi kat sini, nasib-nasib kita terserempak lagi" ujarnya lembut sambil melemparkan senyumannya. Adui, cair hati aku dibuatnya. Perh, dah la cantik lemah lembut pula. Dia pun berlalu pergi.
bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Siluman Ular
Storie d'AmoreKisah ini memaparkan sebuah kisah percintaan antara dua dimensi. Ia juga menceritakan kisah pengembaraan yang menarik.
