🍁 - Prolog

22.2K 354 8
                                    

Qamal menarik telinga Ellysha dan Errysha dengan kuat. Mereka menangis mengadu sakit dengan perbuatan Qamal itu, Syafiq yang melihat itu tidak senyum tetapi Rashida tersenyum puas. Syafiq memandang mereka dengan muka yang sayu.

Pemergian Awati membuatkan Qamal sedih dan rakaman yang Rashida merakam itu membuatkan Qamal percaya bulat-bulat dan terus memukul anaknya tanpa usul siasat.

"Korang memang nak bunuh mak aku ke sial?! Aku suruh jaga mak aku! Bukan suruh bunuh mak aku!" Tengking Qamal sambil menendang tubuh anaknya kerana marah, bersama air mata.

"A..yah.. kitorang ta..tak bu..bunuh nenek.." menangis suara Ellysha kerana sedih dan kerana sakit ditendang oleh ayah sendiri, dia memeluk Errysha yang turut memangis.

"Bukan kau buat kau kata? Bukti yang Rashida tunjuk dekat aku tu dah cukup jelas! Kau memang sengaja tuang sabun tu sebab nak mak aku mati ke?! Aku sayang mak aku kau tahu tak.." tengking Qamal, air mata lelaki itu turut turun membasahi pipi.

Pada hari ini, adalah hari jadi Ellysha dan tidak sangka semua ini berlaku semasa hari jadinya. Ellysha sangat-sangat sedih, ini adalah peristiwa yang paling teruk atau buruk yang pernah jadi pada hari jadi Ellysha.

"Abang tadi Ida rakam sebab Ida ternampak diorang buat macam tu. Ida ingatkan diorang nak basuh tandas, tapi diorang tinggal macam tu je. Ida rasa diorang nak buat Ummi jatuh, Ida nak pergi basuh sabun tu tapi tadi ada orang datang tu yang Ida pergi tengok sekejap. Bila orang tu dah balik, baru je Ida nak pergi basuh tandas balik, Ida nampak ummi terbaring dalam tandas.." bohong Rashida bersama air mata palsunya.

"Makcik tipu.. makcik yang.. yang suruh ka..kami tuang sabun tu dalam tan..tandas, makcik jahat!!" Ellysha menangis terdesak-desak.

Rotan ditangan Qamal memukul anaknya.

"Terang-terang bukti dah ada.. korang nak tuduh pula bini aku yang bunuh mak aku? Hah?! Selama ni aku tak pernah pun nampak korang tolong mak aku pergi tandas! Tak pernah, selalunya bini aku je yang tolong!" Tengking Qamal.

"Rupa-rupanya korang tak tolong sebab korang memang nak mak aku mati kan? Korang memang anak yang biadab! Kurang ajar!" Qamal merontan mereka lagi, tidak cukup dia juga turut tendang anaknya sendiri.

Ellysha dan Errysha hanya mampu mengeluarkan air mata. Selepas ini tiada tempat untuk mereka mengadu sakit dan tiada tempat untuk mereka luahkan perasaan dah kerana Awati telah pergi meninggalkannya. Bilik Awati dipandang dengan sayu.. jasad Awati dibaringkan diatas katilnya.

"Abang sabar.." pujuk Rashida

Syafiq hanya melihat dengan wajah yang sedih sahaja. Tidak sangka pula dia, mak dia akan buat benda ni betul-betul, dan tindak sangka mak dia akan buat semasa hari jadi Ellysha. Dia sangkakan ayah akan balik bersama dengan kek hari jadi, tapi tidak..

"Ya allah! Kenapa semua ni berlaku?! Korang memang sengaja nak bunuh mak aku, aku sumpah aku benci korang! Korang berambus dari rumah aku!" Jerit Qamal, dia mendekati anaknya.

"Ayah.. kitorang ta..taknak.. kitorang nak du..duk dengan ayah!" Menangis Errysha dibuatnya apabila Qamal menarik mereka dengan kuat.

Mereka dibaling dengan kasar sehingga terjatuh di luar pintu rumah tersebut. Memang sakit badan mereka apabila tubuh mereka terhentak terkena lantai simen itu, badan Errysha pula terkena bucu tiang yang tajam itu, menangis lagi kuat mereka.

"Rashida! Pergi kemas semua kain baju diorang cepat! Aku taknak tinggal satu pun baju diorang! Aku tak suka ada anak pembunuh macam korang, aku tak suka ada pembunuh duduk dekat rumah aku!" Tengking Qamal.

Rashida yang terkejut namanya dipanggil itu terus masuk ke dalam bilik Ellysha dan Errysha. Dia berasa puas hati apabila rancangan untuk Qamal halau mereka dari rumah berjaya. Lega apabila tidak nampak wajah anak-anaknya. Mak tiri yang jahat!

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now