Bab 1 : Mimpi

9K 434 5
                                    

Sekali lagi. Dia dapat vision dalam mimpinya.

Kali ini mimpinya yang sama. Selama tiga malam berturut-turut dia mimpikan hal yang sama.

Waktu ini malam.

Langit gelap.

Seakan sedang berdiri di dalam hutan kerana sekelilingnya di penuhi dengan pohon dan tumbuhan hijau. Namun dia bukan bersendirian. Di hadapannya berdirinya tiga orang bertopeng. Seorang bertopeng beruang berwarna hitam. Seorang bertopeng musang berwarna putih. Seorang lagi mengenakan topeng kucing berwarna merah belang kehitaman.

Ketiga-tiga mereka berdiri di depannya dengan postur penuh amaran dan bahaya.

Adakah mereka Grimm Reaper yang orang kampung selalu katakan selama ni.

                  "Berikan batu tu!"minta Si Beruang kepadanya.

Batu?

                  "Berikannya atau maut menjemput kau!"arah Si Kucing pula.

Apa yang mereka maksudkan!? Dia tak tahu apa yang berlaku di sini sekarang. Batu apa yang mereka mahukan?Memangnya dia siapa dalam mimpi ini?Adakah orang ini pencuri yang telah mengambil sesuatu dari mereka. Atau dia ke yang dalam mimpi ni?

                 "Jangan banyak bincang, cabut saja nyawa dia!"arah Si Musang pula.

Jangan!Dia tak nak!

Si Beruang pun tanpa teragak-agak angkat topeng tu dari muka untuk di talakan kepada dia.

Dia cuba tutup mata dan bangunkan diri dari tidurnya. Namun pipinya di pegang lalu suara tu memanggil dia.

                 "Buka mata kau!"berulang-ulang kali perkataan itu di sebut dengan suara tu.

Dia tak nak buka!Dia tak nak mati! Dapat dia rasakan tubuhnya di goncang kuat.







                    "EDITH WINTER!Buka mata kau!"

Tidak semena dia yang dengar terus tersentak bangun dari perbaringan dalam keadaan tercungap-cungap. Nafasnya naik turun dengan deras sebelum dia palingkan kepala ke sisi melihat empunya suara.

                  "Kau bermimpi lagi?"tanya Cora Eli, kawan serumahnya kepada dia sambil berkerut kening risau. "Badan kau bercahaya sekali lagi."

                  Buat beberapa saat, Edith tenung wajah Cora tanpa berkata apa-apa. Dia cuba ingatkan balik apa yang dia mimpikan. Namun samar-samar. Dia hanya ingat batu dan lelaki bertopeng sahaja. "Maaf."ucapnya sambil memegang dada.

Cora menekap tapak tangan ke dahi Edith untuk memastikan rakannya tidak apa-apa. Namun begitu tangannya jatuh dengan lemah ke bawah selepas merasai bahawa rakannya ini demam dan jatuh sakit sekali lagi. "Sakit kau datang balik...kau mimpi benda yang sama ke?"

Buat seketika dia pandang Cora tanpa berkata apa-apa cuba hendap proses akan mimpi tadi. Tapi tiada gunanya..

"Ha'ah"angguk Edith dengan nafasnya masih turun naik kerana terkejut dengan mimpi yang dia alami sebentar tadi.

Ya...dia mempunyai kuasa dimana dapat melihat mimpi. Namun begitu dia tak boleh halang atau ubah apa yang bakal berlaku. Dan dia bukan seorang peramal. Dia hanya boleh mimpikan sesuatu kejadian itu sekiranya kejadian itu mahu dia tahu. Sekiranya tidak, dia tidak akan mimpikannya. Dan kali ini mimpi terbaru dia yang berulang selama tiga kali berturut-turut asyik menghantui lena dia kebelakangan ini.

"Kita jumpa Master Luna kalau macam tu. Mintak dia buat pendinding untuk kau sementara waktu ni supaya mimpi tu tak datang balik?"pujuk Cora.

Edith pandang ke Cora lalu menggeleng kepala perlahan. "Tak payah. Aku tak apa-apa. Mimpi kali ni bukan mimpi biasa yang aku selalu mimpikan. Mimpi ni macam nak beritahu aku sesuatu.."jelasnya dengan kening berkerut.

"Mimpi apa tu?Kau tak pernah beritahu aku?"

"Kau tahu aku tak boleh beritahu kau apa yang aku mimpikan...ianya akan beri nasib malang."beritahu Edith.

"Masalahnya aku risau dengan kau...setiap malam macam ni?Demam segala.."keluh Cora lagi.

Tangan Cora di tepuknya dengan perlahan. "Jangan risau. Aku tak apa-apa. Kau sambung la tidur. Esok banyak kerja kita kena siapkan.."

"Kau sure?"

"Um. Aku okay. Kau tidur la."

"Yalah...kalau macam tu aku tidur. Kau pun sama. Rehatla. Badan kau panas sangat ni." minta Cora.

Edith mengangguk kepala dengan perlahan lalu perhatikan Cora bangun dari situ lalu ambil tempat di katil sebelahnya. Setelah Cora baring, Edith pun palingkan kepalanya ke luar jendela sebelah katilnya. Dia pandang ke arah kawasan hutan yang berada di belakang kawasan perkampungan ini.

Ada sesuatu yang tak baik bakal berlaku di hutan itu. Ada orang yang akan mati di situ kerana The Grim Reaper. Sama ada dia atau seseorang, dia perlu halang dari hal tu berlaku. Tapi macam mana?Dia bukannya ada kuasa magik untuk pertahankan diri. Yang ada pun hanya posyen yang dihasilkan.

Jadi manusia biasa dalam dunia magik ini benar-benar membebankan dia la! Kuasa psikik konon!Bukannya boleh buat duit, Malah memenatkan dia lagi adalah!Urgh!Kenapa la mak ayah dia meninggal dunia tanpa tinggalkan dia apa-apa selain kuasa menyusahkan ni!

Masih penat dan mengantuk, Edith tumbangkan badannya semula ke belakang lalu memejam mata dia untuk kembali tidur. Namun tak boleh. Setiap kali dia pejam mata, dia asyik terbayang akan tiga wajah bertopeng itu saja!

Dia tertanya-tanya, kenapa mereka bertopeng. Betul ke khabar angin?Khabar angin yang dia dengar sejak 10 tahun yang lalu. Khabar angin yang mengatakan bahawa rupa mereka itu boleh membuatkan sesiapa saja mati sekira menatapnya?

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now